mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengaruh media massa terhadap pegangan nilai akhlak remaja: Kajian ke atas fakir miskin di kawasan luar bandar

Tamuri, Ab. Halim and Ismail, Zarin (2004) Pengaruh media massa terhadap pegangan nilai akhlak remaja: Kajian ke atas fakir miskin di kawasan luar bandar. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of 15.pdf]
Preview
PDF
Download (155kB) | Preview

Abstract

Kewujudan bahan-bahan negatif dari majalah hiburan (dari dalam atau luar negeri), suratkhabar hiburan, VCD, TV, radio serta internet telah menimbulkan masalah yang begitu serius kepada perkembangan remaja masa kini. Hasil dari perkembangan dan kemajuan teknologi dan kemudahan asas yang sempurna, kesan dan pengaruh media massa bukan sahaja dirasai oleh remaja di kawasan bandar, malah ianya turut melibatkan golongan remaja dikawasan luar bandar. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk membincangkan satu kajian yang telah dijalankan di daerah Sabak Bernam, Selangor. Objektif kajian ini antaranya ialah untuk mengenal pasti tahap pendedahan media massa di kalangan pelajar-pelajar luar bandar, mengenal pasti jenis-jenis kandungan dalam media yang memberi kesan positif dan negatif kepada nilai dan akhlak mereka, mengkaji pegangan nilai akhlak pelajar-pelajar, dan menganalisa hubungan pendedahan media massa dan minat pelajar terhadap kandungan media massa dengan pegangan nilai akhlak mereka. Kajian ini menggunakan satu set borang soal selidik dan diedarkan kepada 61 pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang dikategorikan sebagai golongan fakir miskin di daerah Sabak Bernam, Selangor.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 12 Dec 2010 07:17
Last Modified: 12 Dec 2010 07:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1821

Actions (login required)

View Item View Item