mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan gejala sosial dalam komuniti mengikut pendekatan model Hofsrede

Sakdan, Mohd Fo'ad (2004) Pengurusan gejala sosial dalam komuniti mengikut pendekatan model Hofsrede. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of 17.pdf]
Preview
PDF
Download (166kB) | Preview

Abstract

Dalam sesebuah masyarakat yang berlainan budaya, proses penyelesaian masalah lazimnya berbeza-beza mengikut pendekatan masing-masing. Perbezaan pendekataan ini wujud disebabkan oleh faktor seperti status, kekayaan dan kuasa yang membawa status tertentu. Situasi ini akan membawa kepada apa yang diistilahkan sebagai ketidaksamaan persepsi yang tercetus akibat ketaksamaan kuasa. Masyarakat yang berlainan status pula mempunyai dimensi yang berlainan terhadap sesuatu konflik yang dihadapi. Dalam sesuatu komuniti, ketidaksamaan kekuasaan sememangnya tidak boleh dielakkan dan ia berlaku secara berterusan. Ketidaksamaan ini wujud kerana terdapat hierarki dalam organisasi. Model Hofstede merupakan pendekatan yang menyuarakan menyatukan nilai-nilai kemanusiaan menerusi dimensi kebudayaan yang menjadi paksi dalam menguruskan konflik terutamanya dalam sesuatu komuniti. Model ini telah diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi Dutch, Geert Hofstede. Beliau telah mengenalpasti empat orientasi atau keutamaan asas yang dimiliki oleh manusia. Keempat-empat dimensi inilah merupakan masalah utama yang dihadapi oleh manusia. Semua dimensi ini digunakan oleh Hofstede untuk membuat kajian tentang perbezaan budaya peringkat antarabangsa. Keempat-empat dimensi yang akan dibincangkan tersebut iaitu: a). Jarak Kekuasaan (Power Distance) b). Pengelakan Keadaan Yang Tidak Menentu (Uncertainty Avoidance) c). Individualistik lawan Kumpulan (Individualism versus Collectivism) d). Kelelakian lawan Kewanitaan (Masculinity versus Femininity

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Mohd. Foad Sakdan
Date Deposited: 12 Dec 2010 07:20
Last Modified: 12 Dec 2010 07:20
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1825

Actions (login required)

View Item View Item