UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Ikatan dan kawalan ibu bapa terhadap tingkah laku delinkuens


Jamaluddin, Zakiyah and Kiprawi, Ismail (2004) Ikatan dan kawalan ibu bapa terhadap tingkah laku delinkuens. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (133kB) | Preview

Abstract

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku anak-anak. Nilai dan norma dalam masyarakat biasanya dipupuk oleh ibu bapa semasa proses sosialisasi sejak anak-anak masih kecil. Ikatan kasih sayang, kemesraan dan perhatian serta kawalan daripada ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada melakukan perkara yang melanggar nilai dan norma masyarakat. Namun, pembabitan anak-anak dalam tingkah laku delinkuens sedikit sebanyak adalah juga berpunca daripada ikatan dan kawalan ibu bapa yang lemah. Kajian yang dijalankan ke atas 80 remaja berusia antara 13-18 tahun di Pusat Khidmat Kebajikan Juvana, Alor Setar, Kedah ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara ikatan dan kawalan ibu bapa terhadap tingkah laku delinkuens remaja (p < 0.05). Selain itu, terdapat juga perkaitan di antara faktor demografi ibu bapa iaitu pendapatan, pendidikan dan status perkahwinan ibu bapa dengan tingkah laku delinkuens anak-anak (p<0.05). Oleh itu, dikemukakan beberapa langkah ke arah melahirkan kualiti hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak agar susana kekeluargaan yang dibentuk dapat menghindar anak-anak daripada terlibat dalam tingkah laku delinkuens.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 13 Dec 2010 06:58
Last Modified: 13 Dec 2010 06:58
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1832

Actions (login required)

View Item View Item