mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian hubungan kaum di kalangan pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia

Sayuti, Rusimah and Abdullah, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee and Ishak, Salma (2004) Kajian hubungan kaum di kalangan pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of 19.pdf]
Preview
PDF
Download (162kB) | Preview

Abstract

Perpaduan antara seluruh warga masyarakat menjadi tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu negara. Negara kita Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik/kaum, oleh itu untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai, perpaduan antara warganya yang berbilang kaum tadi harus terus dipupuk dan dibajai agar ia tidak bergelora sehingga menyebabkan kepada kemusnahan negera bangsa. Untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula dari akar umbinya termasuklah pelajar di universiti yang merupakan calon golongan elit yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju negara pada masa akan datang kelas. Oleh itu satu tinjauan awal dilakukan agar gambaran sebenar dapat diperolehi melalui kajian ini yang mengemukakan persoalan kajian (1) bagaimanakah suasana/iklim interkasi antara kaum di kalangan pelajar Universiti (2) bagaimanakah tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum di kalangan pelajar di dalam kampus (3) apakah kecenderungan persepsi pelajar terhadap hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus tempat di mana mereka menuntut ilmu dan tinggal untuk suatu jangkamasa yang agak panjang iaitu sekurang-kurangnya selama tiga tahun dah; (4) adakah wujud hubungan antara suasana/iklim interaksi, tahap keselesaan dalam menjalin hubungan dan persepsi pelajar terhadap hubungan antara kaum. Satu kajian lapangan dilakukan dan pengumpulan data berdasarkan kaedah borang soal selidik digunakan. Sampel kajian adalah pelajar SPS tahun ke 3 yang telah menempuh kehidupan di kampus selama lebih 2 tahun. Sebanyak 836 borang soal selidik yang lengkap diisi dianalisis mengunakan program SPSS. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan suasana/iklim interaksi yang lebih positif menunjukkan peratusan yang lebih tinggi. Dari segi tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum di kalangan pelajar di dalam kampus berada dalam keadaan yang sederhana. Pelajar menunjukkan kecenderungan untuk memberikan persepsi yang positif terhadap hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus. Dapatan kajian menunjukkan suasana/interaksi antara kaum mempunyai hubungan yang positif dengan tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum dan persepsi hubungan antara kaum. Dicadangkan supaya program-program yang boleh menghangatkan suasana/iklim interaksi antara kaum dapat diperbanyakkan agar dapat membentuk suatu kehidupan yang harmoni di dalam kampus dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan di luar sana.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 13 Dec 2010 07:04
Last Modified: 13 Dec 2010 07:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1833

Actions (login required)

View Item View Item