mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kedudukan pengguna dalam komuniti pasca modenisme: Cabaran bagi Malaysia

Jaafar, Ahmad Sobri (2004) Kedudukan pengguna dalam komuniti pasca modenisme: Cabaran bagi Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of 22.pdf]
Preview
PDF
Download (143kB) | Preview

Abstract

Malaysia kini dalam proses merealisasikan Wawasan 2020 dan transformasi kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Matlamat akhir kemajuan yang dihasratkan ini di antara lain ialah bagi mencapai kesejahteraan ekonomi sepertimana dinimati di negara-negara maju. Dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi ini, satu persoalan penting yang perlu diberi perhatian ialah kebajikan penguna. Secara idealnya mekanisme pasaran melalui persaingan sempurna akan membawa kepada kecekapan pengeluaran dan peruntukan, justeru meningkatkan kesejahteraan pengguna. Namun kenyataannya, pasaran khususnya di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia beroperasi jauh dari kesempurnaan. Dalam konteks ini pengguna yang merupakan individu kerdil dalam pasaran selalunya berada dipihak yang rugi bila berhadapan dengan firma dan penjual. Kuasa pasaran, sikap pengguna dan masalah penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan terus mengekalkan status quo ini. Tujuan kertas ini ialah untuk membincangkan secara ringkas beberapa isu dan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam meletakkan pengguna di kedudukan yang sewajarnya selaras dengan komuniti maju pasca modenisme.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Dr. Ahmad Sobri Jaafar
Date Deposited: 13 Dec 2010 08:16
Last Modified: 13 Dec 2010 08:16
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1839

Actions (login required)

View Item View Item