mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Negara Bangsa Malaysia: Asas dan cabaran

Ab Ghani, Rohani (2016) Negara Bangsa Malaysia: Asas dan cabaran. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-0876-63-4

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Negarawan Tun Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa sesebuah bangsa yang berjaya adalah mereka yang mempunyai asas identiti yang kukuh dan berjaya mengharungi cabaran.Pembinaan negara bangsa Malaysia merupakan matlamat semua. Impian untuk mewujudkan bangsa Malaysia hanya akan menjadi realiti apabila rakyat bersedia untuk menerima wawasan dan gagasan satu negara satu bangsa.Dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang sedia ada di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa jalan menuju ke arah idealisme negara bangsa Malaysia masih jauh dan penuh berliku.Kejayaan untuk membina negara bangsa Malaysia sebenarnya bergantung kepada kita melalui kesediaan memberi dan menerima. Semangat sedemikian telah lama dipupuk dan diterima oleh generasi awal merdeka dalam usaha untuk membentuk negara dan bangsa kita.Siapakah rakyat dan bangsa Malaysia dan bagaimanakah kewujudan mereka serta apakah cabaran yang dihadapi oleh negara kita termuat dalam buku ini. Lakaran konsep, sejarah dan peristiwa serta perdebatan terhadap isu utama dipaparkan dalam beberapa dimensi penulisan. Kesemuanya adalah tentang asas dan cabaran dalam usaha kita untuk membina negara dan “bangsa idaman” iaitu bangsa Malaysia di negara tercinta ini.

Item Type: Book
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Centre for General Studies
Depositing User: Prof. Madya Dr. Rohani Haji Ab Ghani
Date Deposited: 20 Jul 2016 07:10
Last Modified: 01 Dec 2016 04:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/18403

Actions (login required)

View Item View Item