mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Psikologi pengurusan sekolah

Don, Yahya and Daud, Yaakob and Mohamad Yusoff, Siti Hajar and Mohamad Yusoff, Zuraidah Juliana (2016) Psikologi pengurusan sekolah. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-0876-68-9

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Buku ini mendasari konsep psikologi pengurusan pendidikan.Pendekatan serta aplikasi psikologi dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di Malaysia menjadi topik utama buku ini.Kefahaman tentang wujudnya kepelbagaian karakter kepimpinan dan tingkah laku guru serta murid di sekolah merupakan faktor utama yang mampu menjadi pendorong kepada pembentukan budaya dan persekitaran sekolah yang berkesan.Buku ini menggarap panduan dan pendekatan psikologi pengurusan sekolah yang efektif, kaedah pengurusan sumber, struktur organisasi dan pengagihan tugas, serta pengurusan diri guru-guru.Hasil penyelidikan berkaitan pengalaman pengetua dan guru besar, tentang kaedah dan pendekatan psikologi pengurusan yang diaplikasikan diharap dapat menjadi panduan kepada pemimpin dan bakal pemimpin sekolah. Perkara ini penting bagi mendepani kepelbagaian karenah dan masalah.Penyelesaian masalah melalui gaya pengurusan psikologi mampu menghasilkan natijah yang positif tanpa menjejaskan prestasi guru dan pelajar sekolah.Apa yang diharapkan, buku ini dapat membantu dan menjadi panduan praktis kepada pemimpin sekolah, guru-guru, pelajar dan ibu bapa yang berminat mendalami ilmu pengurusan psikologi ke arah memartabatkan pendidikan dan pengurusan sekolah di Malaysia.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Dr. Yaakob Daud
Date Deposited: 20 Jul 2016 08:18
Last Modified: 20 Jul 2016 08:18
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/18407

Actions (login required)

View Item View Item