UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Citra wanita Melayu dalam cerita animasi kanak-kanak Upin dan Ipin


Mahmor, Noor Aida and Hashim, Nasihah (2015) Citra wanita Melayu dalam cerita animasi kanak-kanak Upin dan Ipin. In: Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social Sciences 1 (KLiCELS 2), 17 – 18 October, 2015, Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (964kB) | Request a copy
Official URL: http://klicels.com/

Abstract

Perkembangan sastera kanak-kanak Malaysia memperlihatkan pertumbuhan yang memberangsangkan cerita animasi kanak-kanak berbahasa Melayu di televisyen.Cerita-cerita ini telah mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutamanya kanak-kanak.Tambahan pula, setiap hari cerita-cerita ini disiarkan di kaca televisyen dan waktu siarannya juga bersesuaian dengan masa tontonan kanak-kanak. Antara saluran yang menyiarkan karya ini adalah TV3, TV9, Astro Ceria dan Disney Channel.Cerita-cerita ini digarap berlatar belakangkan masyarakat Malaysia dan membawa mesej-mesej tertentu tentang cara hidup masyarakat Malaysia termasuklah imej dan perwatakan wanita Melayu.Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan tentang citra wanita Melayu dalam cerita animasi kanak-kanak popular Malaysia.Kajian ini akan membincangkan bagaimana watak wanita dicerminkan dan seterusnya ditanam ke dalam minda kanak-kanak.Kajian ini melibatkan analisis cerita animasi popular yang ditayangkan di televisyen, iaitu Upin dan Ipin. Kajian ini menggunakan pendekatan Feminisme sebagai pendekatan kajian.Pendekatan Feminisme menyatakan bahawa kebanyakan pengkarya lelaki menggambarkan wanita sebagai rendah diri, pasif, menyerah kepada takdir, dan tidak mempunyai masa depan.Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan, imej wanita dalam cerita animasi ini adalah positif.Wanita ditonjolkan sebagai wanita yang berpegang kepada agama dalam kehidupan seharian.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Upin dan Ipin, citra wanita, feminisme, nilai Islam, emansipasi wanita
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Noor Aida Mahmor
Date Deposited: 27 Jun 2016 02:33
Last Modified: 27 Jun 2016 02:33
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/18420

Actions (login required)

View Item View Item