Basri, Mokmin (2004) Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan nilai dalam masyarakat. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)
Preview |
PDF
Download (113kB) | Preview |
Abstract
Impak baik buruk Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) telah diperdebatan baik oleh ahli falsafah, sosiologi atau ahli ICT sendiri. Teknologi ini telah merubah kerangka dan budaya berfikir (Weltanschauung) masyarakat, menurunkan nilai hubungan mesra sesama anggota dalam masyarakat, mengurang rasa akrab dalam keluarga, menyebabkan rasa sunyi dan keseorangan serta bermacam nilai negatif lain. Namun dengan teknologi ICT inilah juga, nilai pengetahuan (ilmu) diangkat tinggi dalam masyarakat kerana dengannya apa yang dipanggil pendidikan sepanjang hayat dapat dimungkinkan. Justeru nilai sebuah masyarakat telah berubah dari mengagungkan pemilik tanah (Landlord) dalam zaman ekonomi berasaskan pertanian dan mengagungkan pemilik gudang atau kilang dalam zaman ekonomi berasaskan perindustrian kepada mengagungkan pemilik ilmu dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ini. Kerana itu jugalah masyarakatnya dipanggil dengan jolokan yang mulia iaitu Masyarakat Berpengetahuan (Information Society) dimana ahli masyarakat dicirikan sebagai seorang yang mengguna, mencipta, memanipulasi dan menyebarkan maklumat.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Juwita Johari |
Date Deposited: | 14 Dec 2010 08:38 |
Last Modified: | 14 Dec 2010 08:38 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1852 |
Actions (login required)
View Item |