UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Muzik kontemporari sebagai alat pembentukan nilai dalam komuniti: Ke mana halatuju kita?


Ahmad, Ibrahim (2004) Muzik kontemporari sebagai alat pembentukan nilai dalam komuniti: Ke mana halatuju kita? In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (101kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini akan membincangkan ruanglitup nilai-nilai murni yang seharusnya diamlkan dalam sesebuah komuniti. Nilai-nilai ini akan dikaitkan pula dengan pola proses penyemaian dan pengukuhannya melalui pelbagai saluran, salah satu daripadanya ialah muzik. Perkembangan muzik Melayu daripada segi penciptaan, penyusunan, penggubahan, penciptaan lirik serta pematahan lagu akan digalurkan secara ringkas daripada muzik asli, muzik tahun-tahun 50-an, 60-an, 70-an, 80-an sehinggalah muzik kontemporari. Seterusnya, kertas kerja ini akan memperlihatkan bagaimana proses globalisasi telah mempengaruhi dunia muzik Melayu di Malaysia dan telah membentuk sebuah wajah muzik kontemporari yang bertumangkan nilai-nilai muzik global dan tidak berpaksi kepada nilai-nilai budaya Melayu. Tumpuan akan diberikan kepada pola penciptaan lagu serta corak pematahan lagu (penyebutan lirik lagu) oleh penyanyi-penyanyi kontemporari yang begitu berpengaruh di kalangan generasi muda. Beberapa persoalan akan ditimbulkan. Bagaimanakah rupa bentuk lagu-lagu Melayu yang harus digalakkan sebagai alat pembentuk nilai-nilai jati diri Melayu? Apakah langkah-langkah yang harus dilakukan oleh semua pihak (terutamanya Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan) untuk memperkukuhkan penyemaian nilai-nilai murni bangsa Malaysia melalui seni muzik, sejajar dengan perkembangan dunia pascamodenisme?

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: M Music and Books on Music > M Music
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Prof. Madya Ibrahim Ahmad
Date Deposited: 14 Dec 2010 08:40
Last Modified: 14 Dec 2010 08:40
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1853

Actions (login required)

View Item View Item