UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Nilai perpaduan dalam kenegaraan Malaysia: Mencari titik persamaan dari kepelbagaian komuniti pasca modenisme


Mior Hamzah, Mior Ahmad and Mamat, Rashidah (2004) Nilai perpaduan dalam kenegaraan Malaysia: Mencari titik persamaan dari kepelbagaian komuniti pasca modenisme. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (233kB) | Preview

Abstract

Sejarah telah membuktikan bahawa tidak banyak negara di dunia hari ini yang bersifat seragam iaitu mempunyai SATU dalam serba-serbinya: bangsa, bahasa, agama, dan budaya. Dunia Melayu juga tidak terkecuali daripada menghadapi situasi ini. Melalui proses sejarah, kawasan lingkungan kepulauan Melayu yang masyarakatnya dikenali sebagai masyarakat satu bangsa telah bertukar menjadi negara milik bersama pelbagai bangsa setelah tertubuhnya Malaysia. Kertas kerja ini secara asasnya berpaksi pada pengalaman pengajaran dan pembelajaran kursus Kenegaraan Malaysia (KM) di Universiti Utara Malaysia. KM diajar bagi mendedahkan kepada pelajar perihal negara ini yang asalnya milik satu bangsa telah menjadi sebuah negara yang dimiliki bersama oleh banyak kaum. Kaum-kaum ini pula melalui dasar kerajaan (pemerintah) sedang berusaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai satu rupa bangsa atau lebih dikenali sebagai bangsa Malaysia. Persoalan yang sering ditanya; sudahkah terbina sebuah negara bangsa yang menjadi idaman seluruh rakyat? Jawapan kepada soalan ini menjadi begitu rumit apabila penduduk Malaysia kini mula berdepan bukan sahaja dengan pelbagai masalah sosioekonomi, tetapi juga dengan satu aliran pemikiran baru yang berpengaruh iaitu pascamodenisme yang secara teori mempersoal negara bangsa. Bagi kita di Malaysia, perpaduan dapat dihasilkan melalui proses penyeragaman penduduk yang pelbagai suku kaum kepada satu persamaan yang boleh diterima bersama. Persamaan ini pula dapat diterjemahkan berdasarkan nilai-nilai murni sejagat yang berteraskan nilai murni orang Melayu. Nilai-nilai sejagat yang sepunya ini ada kepada semua bangsa di dunia. Lantaran itu, satu titik persamaan harus dicari dalam komuniti pasca modenisme ini untuk membina sebuah bangsa yang memakai gelar Bangsa Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 28 Dec 2010 07:31
Last Modified: 28 Dec 2010 07:31
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1854

Actions (login required)

View Item View Item