mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengaruh jenis personaliti terhadap penglibatan masyarakat dalam program Homestay Kampung Parit Penghulu, Melaka

Abu, Md Sirat and Kayat, Kalsom and Ismail, Hamidi (2016) Pengaruh jenis personaliti terhadap penglibatan masyarakat dalam program Homestay Kampung Parit Penghulu, Melaka. In: International Conference on Asean Women (ICAW2013), 10th-12th December 2013, Bandung, Indonesia.

[thumbnail of ICAW 2013 1-16.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (370kB) | Request a copy

Abstract

Program homestay dilancarkan secara rasminya pada tahun 1995 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan seperti menyediakan kursus, latihan dan bantuan, agar personaliti masyarakat dapat memenuhi keperluan untuk menjayakan program terlibat.Walau bagaimanapun, penglibatan masyarakat setempat dalam program homestay masih menunjukkan kelemahannya.Hal ini diandaikan berpunca daripada jenis personaliti ahli masyarakat. Tujuan kajian adalah untuk menilai pengaruh jenis personaliti terhadap penglibatan masyarakat dalam program homestay di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka. Kajian ini memeriksa aspek personaliti iaitu keterbukaan, berhemah, peramah, bertolak ansur dan ketidakstabilan emosi.Kajian menggunakan soal selidik dan seramai 101 orang ahli masyarakat terlibat.Responden dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan kluster berdasarkan jenis kediaman.Dapatan kajian mendapati jenis personaliti keterbukaan, berhemah, peramah dan bertolak ansur adalah tinggi pada aras setuju iaitu sekitar 4.2 berdasarkan Skala Likert. Namun, bagi masyarakat yang diuji dengan aspek ketidakstabilan emosi pula tinggi pada Skala Likert 2.25 atau kurang bersetuju yang menunjukkan emosi mereka adalah baik. Oleh itu, kajian mendapati bahawa jenis-jenis personaliti tidak sepenuhnya menggambarkan tahap penglibatan masyarakat dalam program homestay.Hal ini mungkin disebabkan oleh penglibatan dalam program komuniti banyak dipengaruhi oleh lain-lain faktor seperti keagamaan, budaya, cara hidup, sikap, tingkah laku dan pandangan diri seseorang terhadap sesuatu perkara. Dengan demikian, kajian mencadangkan agar dasar berkaitan homestay dan pelancongan sedia ada perlu dilihat kembali kelemahannya supaya dapat memastikan semua anggota masyarakat memberikan kerjasama sewajarnya pada masa akan datang.Ini kerana, personaliti masyarakat sedia ada pada hari ini masih mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaat oleh pihak berkaitan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: E-ISBN: 978-967-111113-4-5 Organized By: Northern Corridor Research Centre, Universiti Utara Malaysia, Pusat Studi Wanita Universiti Islam Bandung & School Of Government Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Homestay, Big Five Factor, Pembangunan Komuniti, Penglibatan Masyarakat, Personaliti.
Subjects: J Political Science > JF Political institutions (General)
Divisions: School of Tourism, Hospitality & Environmental Management
Depositing User: Prof. Dr. Kalsom Kayat
Date Deposited: 14 Aug 2016 02:50
Last Modified: 14 Aug 2016 02:50
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/18540

Actions (login required)

View Item View Item