mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peniaga wanita merentas sempadan: Kajian kes di Pasar Besar, Padang Besar, Perlis, Malaysia

Yusof, Rohana and Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Syed Ibrahim, Sharifah Sofiah 'Atiqah (2013) Peniaga wanita merentas sempadan: Kajian kes di Pasar Besar, Padang Besar, Perlis, Malaysia. In: International Conference on Asean Women (ICAW2013), 10th-12th December 2013, Bandung, Indonesia.

[thumbnail of ICAW 2013 1-11.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (573kB) | Request a copy

Abstract

Perniagaan di sempadan Malaysia-Thailand iaitu Pasar Besar Padang Besar, Perlis kerapkali dimonopoli oleh wanita warga negara Thailand dan mewujudkan pelbagai isu ketidakpuasan hati warga negara Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti profil peniaga wanita di Pasar Besar Padang Besar, Perlis Pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui kaji selidik ke atas 78 orang peniaga wanita warga negara Thailand. Kajian mendapati majoriti peniaga wanita di Pasar Besar Padang Besar yang berulang-alik dari Thailand ke Malaysia secara harian, menggunakan pas sempadan dan juga secara haram iaitu tidak memiliki apa dokumen perjalanan yang sah.Faktor yang mendorong kemasukan peniaga wanita Thailand adalah kerana peluang perniagaan yang besar di Malaysia berbanding dengan Thailand, kurang persaingan dengan peniaga wanita rakyat Malaysia dan keuntungan yang besar dari penjualan barangan Thailand di Malaysia kerana rakyat Malaysia rata rata sukakan barangan Thailand yang jauh lebih murah. Antara masalah yang dihadapai oleh peniaga wanita Thailand ini kekurangan modal untuk mengembangkan perniagaan, persaingan, pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat bagi membolehkan mereka mendapat maklumat atau pengetahuan dalam bidang perniagaan dengan lebih baik.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: E-ISBN: 978-967-111113-4-5 Organized By: Northern Corridor Research Centre, Universiti Utara Malaysia, Pusat Studi Wanita Universiti Islam Bandung & School Of Government Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: gender, peniaga wanita, peniaga sempadan, IMT-GT
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Northern Corridor Research Centre
Depositing User: Prof. Madya Dr. Rohana Yusof
Date Deposited: 14 Aug 2016 06:41
Last Modified: 14 Aug 2016 07:14
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/18542

Actions (login required)

View Item View Item