UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pemupukan akhlak muslim menurut pandangan Ibnu Miskawayh


Muhamad, Siti Norlina and Ripin, Mohd Nasir and Muhamad, Mohd Dani (2004) Pemupukan akhlak muslim menurut pandangan Ibnu Miskawayh. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (138kB) | Preview

Abstract

Pembentukan akhlak masyarakat berasaskan ajaran agama akan menjamin kualiti insan yang lebih beretika dan berakhlak tinggi. Pembentukan akhlak amat penting kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan iman. Sungguhpun fitrah semulajadi manusia adalah baik, ada ketikanya manusia mempunyai keinginan yang melencong dari kebaikan. Akhirnya dalam mengejar kemajuan kebendaan, manusia mengorbankan keluhuran akhlak dan rohani. Mereka menganggap hukum, nilai dan norma keagamaan sebagai penghalang kemajuan. Melihat kepada realiti semasa, satu pendekatan yang efektif dan signifikan amat diperlukan. Usaha memupuk akhlak yang baik di tengah budaya materialisme dan hedonisme, bukanlah satu tugas yang mudah. Sikap masyarakat Islam sendiri yang kurang prihatin terhadap nilai-nilai kemanusiaan, persaudaraan, keadilan dan kasih sayang menyebabkan berlaku gejala kelembapan umat dalam menangani masalah sosial. Kertas kerja ini akan membincangkan pendekatan tokoh akhlak Islam terkemuka iaitu Ibnu Miskawayh dalam menghadapi keruntuhan akhlak masyarakat pada zamannya iaitu zaman terputusnya wahyu dan bimbingan terus dari Allah dan Rasul-Nya sebagai panduan masyarakat hari ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 28 Dec 2010 06:01
Last Modified: 28 Dec 2010 06:01
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1855

Actions (login required)

View Item View Item