Abu Bakar, Mahyuddin (2013) Saidatina Khadijah sebagai model usahawan berjaya. In: International Conference on Asean Women (ICAW2013), 10th-12th December 2013, Bandung, Indonesia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (244kB) | Request a copy |
Abstract
Golongan wanita seringkali dilihat sebagai golongan yang lemah. Konotasi ini telah memberi imej yang agak negatif terhadap wanita sedangkan golongan wanita telah diperkasakan oleh Islam sejak awal Islam lagi.Buktinya golongan tidak pernah dipinggirkan dalam arus kehidupan masyarakat.Ia dapat dilihat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.Saidatina Khadijah telah menunjukkan bahawa Islam tidak pernah meminggirkan kaum wanita.Beliau adalah orang pertama yang paling bijak dan berani mempercayai dan menerima nabi Muhammad sebagai rakan kongsi di saat orang tidak melihat kehebatannya. Penerimaannya terhadap nabi bukan sahaja sebagai rakan kongsi perniagaan, malahan rakan kongsi hidup.Wanita ini adalah tokoh penting dan utama yang sangat berani dan bertanggungjawab mengambil risiko menerima, membiayai dan mengembangkan cetusan minda usahawan Rasullulah s.a.w. Itulah sebabnya beliau dikategorikan sebagai tokoh usahawan ulung di zaman para sahabat. Kertas kerja ini akan mengenalpasti kecekalan usahawan wanita yang mendapat bantuan zakat dalam menjalani kehidupan.Berdasarkan jumlah kaum hawa yang agak ramai memohon bantuan usahawan zakat kajian ini telah berusaha mengenalpasti motivasi dan semangat yang ada dalam diri wanita sehingga berjaya.Subjek kajian ini adalah golongan usahawan wanita dalam konteks jaya diri zakat. Analisa data dilakukan secara deskriptif dan beberapa penemuan telah dapat dilakukan.Antara penemuan kajian ini ialah faktor kepercayaan kepada usaha yang bersungguh-sungguh akan menghasilkan kejayaan, modal yang diberkati mestilah bebas dari penipuan dan subahat, berilmu dan berkemahiran tinggi dalam perniagaan, berani membuat keputusan, bijak membaca peluang perniagaan serta bijak memilih pengurus perniagaannya.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | E-ISBN: 978-967-111113-4-5 Organized By: Northern Corridor Research Centre, Universiti Utara Malaysia, Pusat Studi Wanita Universiti Islam Bandung & School Of Government Universiti Utara Malaysia |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory |
Divisions: | Islamic Business School |
Depositing User: | Mr. Mahyuddin Abu Bakar |
Date Deposited: | 14 Aug 2016 08:01 |
Last Modified: | 14 Aug 2016 08:01 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/18552 |
Actions (login required)
View Item |