mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Transformasi pemikiran keusahawanan bagi dimensi mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan OKU

Mohamad, Armanurah and Abdullah, Syahrina and Abu Bakar, Lily Julienti (2015) Transformasi pemikiran keusahawanan bagi dimensi mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan OKU. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1 (1). pp. 68-76. ISSN 2462-1714

[thumbnail of JGBSE 1 1 2015  68-76.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (311kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada transformasi ilmu pemikiran keusahawanan dari aspek dmensi mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) yang menyertai Program Transformasi OKU dalam Edu-Tourism.Program ini merupakan program pemindahan ilmu dari pihak akademia kepada pihak industri dan seterusnya pihak industri akan memindahkan ilmu ini semula kepada peserta program.Program Transformasi OKU dalam edutourism merupakan program kerjasama antara pihak UUM dan Yayasan EMKAY serta Yayasan Pulau Banding.Seramai 10 orang peserta OKU telah menyertai program ini. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah transformasi mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan peserta OKU selepas mereka menyertai Program Transformasi OKU dalam Edu-Tourism untuk tempoh enam bulan.Kajian ini mendapati skor min keseluruhan mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan peserta OKU telah meningkat daripada tahap sederhana tinggi (skor min 3.74) kepada tahap tinggi (skor min 4.32) selepas mereka mengikuti Program Transformasi OKU dalam Edu-Tourism. Kajian ini menggunakan pendekatan pre-test dan post-test, di mana 16 item digunakan untuk mengukur mengenal peluang keusahawanan. Hampir semua item yang mengukur mengenal peluang keusahawanan menunjukkan peningkatan dalam skor min. Program ini didapati dapat membangun dan meningkatkan potensi pemikiran keusahawanan golongan OKU, di mana peserta OKU berupaya untuk mengenal pasti peluangpeluang keusahawanan yang terdapat di persekitaran mereka. Ini seterusnya memberi kesedaran dan laluan kepada golongan OKU untuk lebih berdikari dengan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Item Type: Article
Additional Information: English title = Transformation of entrepreneurial thinking for dimension of identifying entrepreneurial opportunities among disable people
Uncontrolled Keywords: Pemikiran Keusahawanan, Mengenal Peluang Keusahawanan, Peluang Keusahawanan, Program Transformasi
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Armanurah Mohamad
Date Deposited: 14 Aug 2016 08:08
Last Modified: 14 Aug 2016 08:08
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/18561

Actions (login required)

View Item View Item