UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia

Muslim, Nazri and Alias, Jamsari (2004) Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (91kB) | Preview

Abstract

Patriotisme yang seringkali dikaitkan dengan cintakan watan adalah satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Antara faktor yang menyumbang kepada kebejatan sosial dalam masyarakat mutakhir ini ialah akibat lunturnya semangat patriotisme yang dihayati khususnya generasi muda. Maka, nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, sangat wajar khususnya generasi muda menjadikan nilai-nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk. Kekurangan penghayatan nilai-nilai patriotisme akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa kepada pelbagai penyakit sosial. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai konsep patriotisme, senario yang berlaku di Malaysia, halangan yang boleh menganggu-gugat penyuburan semangat patriotisme dan cadangan penyelesaian yang boleh dikemukakan dalam mengukuhkan lagi semangat patriotisme khususnya di kalangan generasi muda.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 28 Dec 2010 06:17
Last Modified: 28 Dec 2010 06:17
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1866

Actions (login required)

View Item View Item