mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keperluan kependidikan Islam dalam pengajian ketamadunan

Awang, Yaacob and Che Mat, Che Bakar (2004) Keperluan kependidikan Islam dalam pengajian ketamadunan. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of 41.pdf]
Preview
PDF
Download (180kB) | Preview

Abstract

Islam telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan manusia berdasarkan kepada tamadun yang telah dicapai selama beberapa abad. Tamadun yang dibina adalah hasil dari sumbangan para sarjana yang telah menggarap ilmu yang tinggi hasil dari sistem pendidikan yang telah dilalui. Islam telah menekankan aspek pendidikan, bukannya aspek pemindahan ilmu [transfer of knowledge] sebagai mana sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Kertas kerja ini akan membincangkan peri pentingnya pendekatan [approach] kependidikan Islam dalam pengajian ketamadunan. Kependidikan Islam menekankan aspek nilai kemanusiaan serta menjuruskan manusia menjadi hamba yang bersifat rabbani yang menjalankan fungsi sebagai khalifah Allah di muka bumi. Tamadun sesuatu bangsa akan terbentuk berdasarkan acuan yang telah ditentukan. Nilai-nilai masyarakat mesti dibentuk oleh sistem pendidikan yang ampuh Kertas ini akan mencadangkan beberapa strategi pengajaran yang dijangka lebih berkesan dari yang sedia ada untuk menghadapi pasca modernism dan mengisi konsep masyarakat madani.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 28 Dec 2010 06:50
Last Modified: 28 Dec 2010 06:50
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1883

Actions (login required)

View Item View Item