UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan antara imej dan reputasi korporat di Malaysia

Mohamad, Bahtiar and Abu Bakar, Hassan (2005) Hubungan antara imej dan reputasi korporat di Malaysia. In: Simposium Kebudayaan Indonesia - Malaysia IX, 10-12 Mei 2005, Bandung, Indonesia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Imej dan reputasi korporat telah menjadi agenda utama organisasi melalui aktiviti komunikasi korporat. Dalam dunia globalisasi, imej korporat dilihat sebagai salah satu elemen yang dititikberatkan oleh organsiasi. Identiti merupakan tindakan dan ‘aset’ yang dimiliki, manakala imej pula adalah penonjolan identiti yang terhasil dalam minda publik. Aspek kognitif, kepercayaan dan tindakan akan membentuk imej organisasi dalam diri publik. Reputasi pula merujuk kepada agregat tanggapan publik terhadap imej yang terhasil, Oleh yang demikian ketiga-tiga elemen ini dilihat penting kepada perancangan program komunikasi korporat sescbuah organisasi sccara jelas. Penulisan kertas kerja ini berdasarkan kepada kajian tentang hubungan imej korporat dengan reputasi di sebuah organisasi di Malaysia. Seramai 118 responden terlibat dalam kajian ini. Hasil dari kajian ini menunjukkan terdapat hubungan positif di antara imej korporat dengan reputasi korporat. Kelima-lima identiti yang dikaji merangkumi komunikasi dan identiti visual, perlakuan, budaya korporat, kondisi pasaran, organisasi, produk dan perkhidmatan menyumbang secara signifikan terhadap reputasi. Penemuan kajian ini memberikan satu impak yang besar terhadap kajian komunikasi korporat di Malaysia terutamanya penonjolan imej dan reputasi sesebuah organisasi. Justeru itu, beberapa cadangan penyelidikan akan datang juga dikemukakan dalam penulisan ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: corporate image, corporate reputation, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 08 Jul 2010 03:09
Last Modified: 08 Jul 2010 03:09
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/189

Actions (login required)

View Item View Item