mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peranan moderator dalam pembentukan komuniti siber

Abdul Hamid, Zauridah and Che Ani, Zhamri (2004) Peranan moderator dalam pembentukan komuniti siber. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of 43.pdf]
Preview
PDF
Download (106kB) | Preview

Abstract

Masyarakat hari ini menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mengadakan satu perhubungan antara mereka secara berkumpulan. Masyarakat ini dikenali sebagai komuniti siber, komuniti maya, komuniti elektronik dan sebagainya. Komuniti siber ini bukanlah bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi adalah sebagai salah satu cara untuk bersosial antara ahli komuniti tersebut dan melakukan perhubungan tanpa mengambil kira keturunan, bangsa, kewarganegaraan, status, pegangan agama, usia, jantina, dan sebagainya di dalam meneruskan perhubungan yang berbentuk global ini. Setiap komuniti siber terdapat seorang yang bertanggungjawab mengendalikan operasi komuniti siber yang dikenali sebagai moderator. Moderator ini mempunyai beberapa peranan untuk menguruskan komuniti sibernya. Kurangnya pengetahuan mengenai peranan mereka akan menyebabkan moderator-moderator ini tidak dapat menguruskan komuniti siber mereka dengan lebih teratur dan ini menjadikan ahli komuniti mereka menjadi pasif atau tidak aktif dan akhirnya akan menyebabkan komuniti siber itu hilang begitu sahaja. Selain itu, kemungkinan juga moderator ini kurang mahir dan tiada pengalaman dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh yang demikian, mereka tidak mengetahui bagaimana untuk menjadikan komuniti mereka sentiasa aktif, stabil, mempunyai pangkalan data yang sentiasa dikemaskini, kemasukan dan pengeluaran ahli yang sentiasa konsisten dan sebagainya. Maka disebabkan ini juga, komuniti siber ini berkemungkinan tidak dapat bertahan lama.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Internet, moderator, komuniti siber
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 28 Dec 2010 06:54
Last Modified: 28 Dec 2010 06:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1894

Actions (login required)

View Item View Item