Ismail, Nur Syakiran Akmal and Abu Bakar, Md Zawawi (2004) Rasuah....? Katakan tidak. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)
Preview |
PDF
Download (206kB) | Preview |
Abstract
Rasuah merupakan isu yang hangat diperkatakan dewasa ini samada dalam bidang politik, perniagaan, personel awam, penguatkuasaan dan sebagainya. Pihak kerajaan memandang serius permasalahan ini. Justeru itu, Pelan Integrasi Nasional dilancarkan oleh Perdana Menteri antara lain sebagai usaha untuk menangani rasuah. Rasuah antara gejala sosial atau jenayah yang sukar di atasi selain daripada gejala dadah di negara kita. Malaysia telah mempunyai undang-undang yang tegas iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997 dalam usaha menanganinya. Begitu juga dari segi penguatkuasaan melalui Badan Pencegah Rasuah atau BPR. Persoalannya, kenapa dan mengapa gejala ini masih lagi berleluasa? Ia bukan sahaja melibatkan pegawai rendah sebaliknya melibatkan orang-orang kenamaan yang berstatus dalam masyarakat. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang faktor-faktor yang berpunca dari sikap individu itu sendiri. Faktor rasuah sering dikaitkan dengan gaji, peluang dan dasar. Tapi, faktor individu yang terjebak dengan masalah tersebut difokus sebagai punca utama untuk kertas kerja ini. Oleh itu, kertas kerja ini akan memberi cadangan bagaimana seseorang individu cuba melindungi dirinya daripada gejala rasuah dan apakah cara terbaik untuk mengatakan tidak terhadap rasuah. Kertas kerja ini cuba menjelaskan kaedah pendidikan dalaman (psikologi) individu dan ibu bapa sebagai benteng utama membanteras rasuah.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia |
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Juwita Johari |
Date Deposited: | 28 Dec 2010 07:45 |
Last Modified: | 28 Dec 2010 07:45 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1908 |
Actions (login required)
View Item |