Omar, Noorul Husna and Razalli, Mohd Rizal (2015) Tahap kesedaran dan penerimaan pelajar bukan Islam UUM terhadap niat pembelian makanan halal. In: Symposium on Technology Management and Logistics (STMLGoGreen), 8-9 December 2015, Universiti Utara Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (708kB) | Request a copy |
Abstract
Industri makanan halal di Malaysia semakin pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.Pada hari ini,produk makanan halal juga semakin popular di kalangan pengguna bukan Islam adalah kerana sikap keperikemanusiaan, kebimbangan rawatan atau proses penyembelihan haiwan dan persepsi bahawa produk halal adalah lebih sihat dan lebih selamat.Beberapa tahun kebelakangan ini,tahap kesihatan dikalangan pengguna semakin merosot.Justeru itu,penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor mempengaruhi kesedaran dan penerimaan pelajar bukan Islam terhadap niat pembelian makanan halal. Seramai 50 responden dipilih sebagai sampel kajian, soalan kaji selidik berstruktur diedarkan kepada pelajar bukan Islam UUM. Data yang telah dikumpulkan telah diproses secara kolektif iaitu menggunakan kaedah SPSS.Teknik untuk menganalisis data yang digunakan adalah menganalisis data secara deskriptif dan regresi.Dapatan kajian akan menjurus mengenai apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran penerimaan pelajar (responden) terhadap niat pembelian makanan halal dan untuk mengenalpasti niat pembelian responden terhadap makanan halal . Pada akhir kajian ini, adalah diharapkan dapat mengetahui dengan jelas berkenanan dengan isu kesamaran sejauhmanakah kesedaran dan penerimaan pelajar bukan Islam terhadap niat pembelian makanan halal.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 9789670910178 Organized By: Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik Universiti Utara Malaysia Collaboration With: Pusat Kerjasama Universiti-Industri Universiti Utara Malaysia |
Uncontrolled Keywords: | Kesedaran, Penerimaan, Pelajar Bukan Islam, Pembelian, Makanan Halal |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa) |
Divisions: | School of Technology Management & Logistics |
Depositing User: | Dr. Mohd Rizal Razalli |
Date Deposited: | 13 Nov 2016 03:56 |
Last Modified: | 13 Nov 2016 04:18 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19227 |
Actions (login required)
View Item |