mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pemindahan teknologi IBS di Jabatan Kerja Raya (JKR): Proses dan faktor kejayaan

Hami, Norsiah and Aziz, Muhammad Akif (2015) Pemindahan teknologi IBS di Jabatan Kerja Raya (JKR): Proses dan faktor kejayaan. In: Symposium on Technology Management and Logistics (STMLGoGreen), 8-9 December 2015, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of STML Go Green 2015 51_56 (3).pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (484kB) | Request a copy

Abstract

Sistem Pembinaan Industri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan bahan binaan yang telah siap dari kilang pembuatan.Berbanding dengan kaedah pembinaan tradisional, sistem ini berupaya menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga buruh, peningkatan kualiti binaan dan penjimatan masa pembinaan.Menyedari kelebihan ini, kerajaan Malaysia telah menggalakkan penggunaan IBS dan menetapkan agar setiap projek pembinaan kerajaan menggunakan lebih 70% komponen IBS seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia. Walau bagaimanapun, beberapa kajian lepas mendapati bahawa masih terdapat banyak syarikat pembinaan yang belum menggunakan sistem ini. Di samping itu, kegagalan mendapatkan manfaat yang dijanjikan walaupun telah menggunakan IBS juga turut dilaporkan dalam penyelidikan yang lepas. Menggunakan pendekatan kajian kes tunggal dengan memfokuskan kepada salah sebuah organisasi kerajaan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), objektif kajian ini ialah untuk menerangkan proses pemindahan teknologi IBS dan faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan pemindahan teknologi ini.Kaedah temubual dan pemerhatian digunakan untuk mendapatkan data primer dalam kajian ini. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat membantu dalam mempromosikan dan menggalakkan penggunaan IBS terutamanya dalam sektor pembuatan di Malaysia di samping boleh dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan IBS.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9789670910178 Organized by: School Of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia. Collaboration with: Pusat Kerjasama Universiti-Industri Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Sistem Pembinaan Industri (IBS); Kaedah Pembinaan Tradisional; Proses Pemindahan Teknologi
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mdm. Norsiah Hami
Date Deposited: 13 Nov 2016 04:16
Last Modified: 13 Nov 2016 04:16
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19231

Actions (login required)

View Item View Item