mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembuatan lean: Mengurangkan pembaziran di perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

Mohd Damanhuri, Nurfamieza and Osman, Nor Hasni (2015) Pembuatan lean: Mengurangkan pembaziran di perusahaan kecil dan sederhana (PKS). In: Symposium on Technology Management and Logistics (STMLGoGreen), 8-9 December 2015, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of STMLGoGreen 2015 157_164.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (642kB) | Request a copy

Abstract

Lean merupakan prinsip dan kaedah yang memberi tumpuan untuk mengenalpasti dan menghapuskan aktiviti bukan nilai tambah melalui penambahbaikan yang berterusan dalam produk dan perkhidmatan untuk manfaat pelanggan (Datuk Haji Julaihi Haji Narawi).Oleh itu, kajian yang dibuat ini adalah mengenai mengurangkan pembaziran di Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).Dengan menggunakan lean akan mengurangkan pembaziran dalam pengeluaran dan memberi lebih tumpuan kepada aktiviti yang boleh menambahkan nilai.Hal ini kerana setiap pembaziran yang berlaku dalam aktiviti pengeluaran dan aktiviti lain akan menyebabkan kerugian kepada syarikat seperti kos, masa dan sebagainya. Penggunaan lean penting untuk dilaksanakan dalam syarikat kerana dapat mengurangkan pembaziran aktiviti.Dengan ini syarikat akan dapat meningkatkan prestasi dan kualiti produk.Antara pembaziran ialah pengangkutan, inventori dan sebagainya.Objektif kajian ini adalah untuk mengurangkan pembaziran dalam syarikat dengan menggunakan lean. Selain dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan lean ia juga meningkatkan prestasi syarikat.Ini akan dapat membantu syarikat untuk mengekalkan dan mengembangkan perniagaan dalam industri di Malaysia

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9789670910178 Organized By: School Of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia. Collaboration With: Pusat Kerjasama Universiti-Industri Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: lean, mengurangkan pembaziran, penggunaan lean
Subjects: T Technology > TS Manufactures
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Prof. Dr. Nor Hasni Osman
Date Deposited: 13 Nov 2016 04:37
Last Modified: 13 Nov 2016 04:37
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19241

Actions (login required)

View Item View Item