mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keberkesanan pengurusan stok bahan binaan

Che Jahari, Nurul Hidayu and Radzuan, Kamaruddin (2015) Keberkesanan pengurusan stok bahan binaan. In: Symposium on Technology Management and Logistics (STMLGoGreen), 8-9 December 2015, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of STMLgoGreen 258_270 (1).pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (321kB) | Request a copy

Abstract

Pengurusan bahan adalah penting dalam meningkatkan produktiviti serta mencapai kualiti pembinaan yang memuaskan.Hal ini kerana, pengurusan bahan yang lemah akan menberi kesan kepada keseluruhan pembinaan.Namun, terdapat beberapa permasalahan yang sering timbul berkaitan pengurusan stok bahan binaan terutamanya dalam kalangan kontraktor. Oleh itu, kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam pengurusan stok bahan binaan, mengenalpasti tahap pengetahuan kontraktor dalam pengurusan stok bahan dan mengenalpasti kebaikan pengurusan stok bahan binaan yang cekap.Kajian ini akan dijalankan disekitar negeri Kelantan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan sasaran responden adalah kontraktor pembinaan.Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana keberkesanan yang diperoleh daripada aktiviti pengurusan syok bahan binaan dalam sesebuah projek pembinaan.Hal ini kerana, untuk memberi kesedaran kepada sesetengah kontraktor yang tidak menggunakan keadah pengurusan bahan binaan dengan cekap.Selain itu, kelebihan dan kebaikan pengurusan bahan binaan dapat dikenalpasti dengan lebih jelas untuk menarik minat kontraktor mendalami ilmu berkaitan hal ini.Dengan itu, masalah-masalah yang berlaku yang berpunca daripada ketidakcekapan pengurusan bahan dapat dielak dan dikurangkan pada masa hadapan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9789670910178 Organized By: School Of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia. Collaboration With: Pusat Kerjasama Universiti-Industri Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: pengurusan bahan, kontraktor, kepentingan, keberkesanan, masalah.
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Kamaruddin Radzuan
Date Deposited: 13 Nov 2016 04:56
Last Modified: 13 Nov 2016 04:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19252

Actions (login required)

View Item View Item