Mat Kail, NorfadilawatI and Razalli, Mohd Rizal (2015) Perbezaan tahap kefahaman dan penghayatan budaya 5s di kalangan staf akademik dan staf pentadbiran di Pusat Pengajian UUM. In: Symposium on Technology Management and Logistics (STMLGoGreen), 8-9 December 2015, Universiti Utara Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (425kB) | Request a copy |
Abstract
Konsep amalan 5s ini adalah merupakan suatu alat untuk meningkatkan kualiti di tempat kerja.Kini, telah banyak organisasi telah menerapkan dan mempraktikkan amalan 5s ini didalam organisasi mereka.Namun begitu, terdapat kajian yang menunjukkan kebanyakan kakitangan yang bekerja di sektor awam atau pejabat kurang sedar akan kepentingan 5s dan tidak memahaminya secara mendalam.Tahap penghayatan budaya amalan ini juga masih samar-samar.Oleh itu, kajian kes ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman dan penghayatan budaya 5s dan secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perbezaan penghayatan budaya 5s ini di kalangan staf akademik dan staf pentadbiran.Kajian ini juga untuk mengkaji hubungan dan pengaruh diantara kefahaman dan penghayatan budaya 5s terhadap prestasi kerja.Kajian ini menggunakan kaedah yang berbentuk kuantitatif iaitu soal selidik dan ia dilakukan di pusat pengajian UUM yang melibatkan tiga buah pusat pengajian iaitu STML,SQS dan SOG.Dapatan kajian ini boleh digunakan untuk menambahbaik prestasi dan produktiviti kerja di kalangan staf akademik dan staf pentadbiran di pusat pengajian UUM .
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 9789670910178 Organized By: School Of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia. Collaboration With: Pusat Kerjasama Universiti-Industri Universiti Utara Malaysia |
Uncontrolled Keywords: | Kefahaman 5s, Penghayatan budaya 5s, perbezaan kefahaman dan penghayatan budaya 5s dikalangan staf |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | School of Technology Management & Logistics |
Depositing User: | Dr. Mohd Rizal Razalli |
Date Deposited: | 13 Nov 2016 07:14 |
Last Modified: | 13 Nov 2016 07:14 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19290 |
Actions (login required)
View Item |