Wan Ibrahim, Wan Khalijah and Osman, Nor Hasni (2015) Pelaksanaan alat dan teknik lean dalam Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS). In: Symposium on Technology Management and Logistics (STMLGoGreen), 8-9 December 2015, Universiti Utara Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (553kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini adalah terhadap pelaksanakan alat lean dan teknik dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS) di Jitra Kedah.Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pelaksanaan lean dalam industri pembuatan, terutama mereka yang terlibat secara langsung dengan proses pengeluaran di syarikat PKS tersebut. Oleh itu, sama ada perusahaan yang dipilih tersebut telah menerima pakai prinsip-prinsip pengurusan lean atau terdapat prinsip lain yang digunakan dalam kerja-kerja untuk meningkatkan keuntungan industri dan dapat memenuhi kepuasan pelanggan mereka. Objektif kajian ini, adalah untuk meneroka kaedah umum yang digunakan oleh salah satu syarikat PKS seperti Kaizen, 5S, Pre-Production Planning (3P), Total Productive Maintenance (TPM), Six Sigma, Cellular Manufacturing, Just-in-Time Production, dan Lean Enterprise Supplier Networks.Kedua, adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran mengenai pelaksanaan lean di kalangan pekerja.Ketiga, adalah untuk mengenal pasti tahap kegunaan alat lean dalam syarikat itu.Oleh itu, kajian ini melihat sejauh mana penglibatan pekerja dalam pelaksanaan pengurusan lean , iaitu perubahan jalan kerja sebelumnya dan selepas penggunaan lean, sebagai contoh dalam mengurangkan masa kerja.Kesimpulannya, memahami konsep lean akan menjadikan pekerja lebih yakin dan membantu dalam mengekalkan prestasi kerja mereka.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 9789670910178 Organized By: School Of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia. Collaboration With: Pusat Kerjasama Universiti-Industri Universiti Utara Malaysia |
Uncontrolled Keywords: | Pembuatan Lean, Prinsip Lean, Alat Lean |
Subjects: | T Technology > TS Manufactures |
Divisions: | School of Technology Management & Logistics |
Depositing User: | Prof. Dr. Nor Hasni Osman |
Date Deposited: | 13 Nov 2016 07:46 |
Last Modified: | 13 Nov 2016 07:46 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19319 |
Actions (login required)
View Item |