mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penghayatan solat dan pengimarahan masjid: Kajian dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia

Ahmad, Shukri and Don, Yahya and Wan Abdullah, Wan Abd Rahman Khudzri and Mohammed Ibrahim, Madiha and Mat Hussain, Shahril Fazli (2014) Penghayatan solat dan pengimarahan masjid: Kajian dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia. In: 2nd International Conference on Social Sciences Research (ICSSR 2014), 9 - 10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.

[thumbnail of ICSSR 2014 786 979.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (581kB) | Request a copy

Abstract

Penghayatan solat dan pengimarahan masjid merupakan antara ukuran utama terhadap tahap pegangan keagamaan seseorang Muslim.Para remaja khususnya di institusi pengajian tinggi adalah golongan pemangkin masa depan ummah yang seharusnya mempunyai keutuhan iman dan spiritual bagi menghadapi cabaran semasa.Berlandaskan premis ini kajian mengenai aspek diatas telah dilakukan terhadap golongan pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2013. Kajian dilakukan bertujuan untuk meneliti tahap penghayatan dan pengimarahan masjid di kalangan pelajar UUM disamping mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penghayatan dan pengimarahan tersebut.Kajian ini melibatkan 1000 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun satu hingga empat dari UUM.Kaedah pengumpulan data dilakukan adalah melalui kaedah soal selidik.Hasil kajian ini menunjukkan penghayatan solat masih rendah, pelaksanaan solat tidak dianggap penting di samping solat dianggap bukan keutamaan.Manakala tahap pengimarahan juga masih rendah.Aspek gaya hidup juga memainkan peranan terhadap kewujudan faktor-faktor diatas.Kertas kerja ini akan memberikan cadangan khusus bagi meningkatkan tahap penghayatan dan pengimarahan masjid khusus bagi UUM, dan kepada pusat pengajian tinggi lain umumnya

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by http://WorldConferences.net e-ISBN 978-967-11768-7-0
Uncontrolled Keywords: Solat, Pengimarahan Masjid, Universiti Utara Malaysia, Institusi pengajian Tinggi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Prof. Dr. Shukri Ahmad
Date Deposited: 14 Nov 2016 08:13
Last Modified: 07 Dec 2016 07:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19469

Actions (login required)

View Item View Item