mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

PPPM 2013 – 2025: Anjakan ke 5, kenapa kepimpinan distributif?

Don, Yahya and Ghazali, Mohd Izam and Said, Samira and Raman, Arumugam and Ismail, Siti Noor (2015) PPPM 2013 – 2025: Anjakan ke 5, kenapa kepimpinan distributif? In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-dekan Pendidikan Universiti Awam 2015, 14-15 September 2015, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of SKMDPUA 2015 14 15.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (496kB) | Request a copy

Abstract

Kertas Institusi ini tertumpu kepada penganalisaan insklusif tentang anjakan dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 terutamanya dalam anjakan ke 5 yang menekankan kepada aspek Kepimpinan Distributif dalam menganjurkan kepimpinan sekolah yang berkesan dan berkualiti tinggi tersebar dalam setiap peringkat organisasi di semua sekolah.Kertas kerja ini juga akan mengupas persoalan kenapa kepimpinan distributif menjadi fokus utama dalam proses transformasi pendidikan di Malaysia? Adakah kepimpinan sekolah terutamanya pihak guru-guru benar-benar memahami dan menghayati konsep kepimpinan tersebut di semua peringkat sekolah?.Justeru, aspek kepimpinan distributif diulas secara kritikal terutamanya dari aspek latar belakang kepimpinan distributif, kerangka teori kepimpinan distributif, dan dimensi-dimensi utama dalam kepimpinan distributif. Aspek literatur hasil penyelidikan sarjana dalam Malaysia dan luar negara berkaitan kepimpinan distributif dan pencapaian sekolah juga diulas dalam kertas kerja ini.Peranan pengetua/guru besar serta guru-guru juga dibincangkan dalam proses untuk memberi kefahaman mendalam berkaitan implementasi kepimpinan distributif di sekolah-sekolah di Malaysia. Ini merupakan suatu keperluan vital dalam kepimpinan pendidikan abad ke-21, memerlukan pemimpin yang dapat menumpukan kepada usaha membangunkan kapasiti, kemampuan kepimpinan guru tahap tinggi dengan mengambilkira aspek-aspek pembangunan sekolah, kesediaan, tahap kepercayaan, tahap latihan, kemampuan dan pengalaman pemimpin sekolah dalam melastarikan PPPM 2013-2025.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan distributif; kepimpinan sekolah; Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Prof. Dr. Yahya Don
Date Deposited: 15 Nov 2016 01:55
Last Modified: 15 Nov 2016 01:55
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19490

Actions (login required)

View Item View Item