Mat Isa, Nasharudin and Don, Yahya (2015) Amalan kepimpinan wasatiyyah dan perbezaannya berdasarkan faktor demografi. The Asean Journal of Knowledge Contribution, 4 (2). pp. 60-71. ISSN 2286-828X
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (597kB) | Request a copy |
Abstract
Amalan kepimpinan wasatiyyah dalam kalangan pemimpin pelajar Universiti Awam adalah elemen penting dalam menjayakan gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap amalan kepimpinan wasatiyyah dan perbezaannya berdasarkan demografi responden.Kajian ini menggunapakai pendekatan kuantitatif iaitu tinjauan keratan rentas untuk mengumpul data-data yang diperlukan. Populasi kajian ini ialah pemimpin-pemimpin pelajar Universiti Awam di seluruh Malaysia. Persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih responden dan seramai 305 responden telah terlibat dalam kajian ini.Instrumen yang digunakan ialah soal selidik amalan Kepimpinan Wasatiyyah yang dibina berasaskan kepada 30 manhaj wasatiyyah oleh Yusuf Al-Qardawi (2010) dan beberapa sarjana Islam yang lain.Soal selidik yang dibentuk ini telah diuji dan dibuktikan kesahan dan kebolehpercayaan item dan dimensi yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepimpinan wasatiyyah diamalkan pada tahap tinggi dalam semua dimensi kecuali dimensi berstrategik pada tahap sederhana. Justeru, elemen-elemen di dalam amalan kepimpinan wasatiyyah perlu diterapkan kepada barisan kepimpinan pelajar khususnya di Universiti-universiti Awam di seluruh Malaysia sebagai usaha kepada pencapaian pelan strategik pelapis kepimpinan negara akan datang
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Wasatiyyah, kesederhanaan Islam, ekstrim |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Divisions: | School of Education & Modern Languages |
Depositing User: | Prof. Dr. Yahya Don |
Date Deposited: | 15 Nov 2016 02:03 |
Last Modified: | 15 Nov 2016 02:03 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19491 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |