mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Isu dalam produk pembiayaan perumahan Islam - Bay’ Bithaman Al-Ajil (‘BBA’):‘tanggungjawab penjual’

Md Dahlan, Nuarrual Hilal and Mohd Noor, Fauziah and Shuib, Mohd Sollehudin (2016) Isu dalam produk pembiayaan perumahan Islam - Bay’ Bithaman Al-Ajil (‘BBA’):‘tanggungjawab penjual’. In: International Conference on Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016), October 5th - 6th, 2016, School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of ICOGPA2016_2.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (824kB)

Abstract

Perbankan Islam telah diperkenalkan di Malaysia pada awal 1980an. Semenjak penubuhann Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada tahun 1983 sehingga ke hari ini, perbankan Islam telah berkembang pesat di Malaysia. Pelbagai produk telah diperkenal dan diamalkan di Malaysia melalui perbankan Islam kepada awam. Antara produk-produk itu adalah pembiayaan perumahan yang berasaskan Bay’ Bithaman al-Ajil (BBA), Musharakah al-Mutanaqisah (MM) dan Ijarah. Terdapat beberapa isu timbul dalam pelaksanaan produk produk ini. Antaranya adalah isu bank/penjual dilihat seperti tidak bertangungjawab apabila hartanah terbabit menghadapi masalah dan terbengkalai. Di dalam Islam telah ditetapkan bahawa tanggungjawab penjual/pemilik adalah memastikan agar barangan yang dijual itu sempurna dan tidak cacat serta menetapi kehendak pembeli. Barangan itu hendaklah berupaya memberi manfaat kepada pembeli sebagaimana yang diingini pembeli. Sekiranya pembeli memperoleh barangan cacat dan tidak menepati kehendaknya, pembeli boleh membatalkan kontrak atau boleh meminta penjual agar menggantikan barangan itu atau membayar gantirugi. Di dalam pembelian unit-unit perumahan di Malaysia, khususnya di dalam BBA, adalah jelas, penjual/bank tidak mahu bertanggungjawab ke atas masalah yang berlaku kepada rumah yang telah dijual itu seperti tanggungjawab untuk membaik pulih sekiranya terbengkalai dan membayar gantirugi sekiranya didapati rumah itu tidak sesuai untuk dihuni dan cacat. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisa isu ini berdasarkan perspektif Islam. Metodologi penyelidikan adalah secara metodologi doktrinal fiqh Islam. Di akhir penulisan ini beberapa cadangan akan diberikan bagi menambah baik kelemahan-kelemahan yang sedia ada dalam produk pembiayaan perumahan Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-44661-7-6
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: School of Law
Depositing User: Prof Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan
Date Deposited: 27 Nov 2016 02:23
Last Modified: 27 Nov 2016 06:24
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/20056

Actions (login required)

View Item View Item