mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi pelancong asing terhadap Tokong Cheng Hoon Teng, Melaka

Ibrahim, Johan Afendi and Lee, Chee Kin (2016) Persepsi pelancong asing terhadap Tokong Cheng Hoon Teng, Melaka. In: Persidangan Nasional Sejarah Melayu Archipelago 2016, 11 - 13 Oktober 2016, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (Unpublished)

[thumbnail of PNSMKM 2016 582 588.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (722kB) | Request a copy

Abstract

Tokong Cheng Hoon Teng merupakan tokong tertua di Malaysia dan dikenali juga sebagai 'Kwan Yin Teng'oleh penduduk tempatan.Kwan Yin merupakan dewa yang disanjung dan juga tuhan pengampun. Tokong ini dirasmkan oleh Kapitan Cina yang merupakan lambang kepada komuniti Cina pada peringkat awal di Melaka.Ia bukan sahaja berperanan sebagai rumah ibadat tetapi juga sebagai pejabat pentadbiran bagi Kapitan Cina dan mahkamah bagi undang-undang China.Rumah ibadat ini menyediakan pelbagai upacara bagi memenuhi keperluan rohani penganutnya seperti membuat ramalan dan bersembahyang untuk ketenangan jiwa.Keunikan sejarah dan keindahan tokong ini telah mendapat anugerah daripada UNESCO pada tahun 2003.Kini tokong Cheng Hoon Teng bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong tempatan menjadi salah satu lokasi pelancongan popular di Melaka yang dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia. Kertas kerja ini akan rnembincangkan mengenai ciri-ciri pelancong asing yang berkunjung, tanggapan mengenai kemudahan yang disediakan disamping cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta tarikan yang ditawarkan kepada pelancong.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Cheng Hoon Teng, Melaka, pelancongan warisan.
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: School of Tourism, Hospitality & Environmental Management
Depositing User: DR. JOHAN AFENDI IBRAHIM
Date Deposited: 15 Dec 2016 07:58
Last Modified: 15 Dec 2016 07:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/20353

Actions (login required)

View Item View Item