UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Persepsi dan masalah kemudahan infrastruktur di negeri Kedah


Yusoff, Noraniza and Talib, Azlizan and Pon, Yusuf (2016) Persepsi dan masalah kemudahan infrastruktur di negeri Kedah. In: International Conference on Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016), October 5th - 6th, 2016, School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (548kB) | Request a copy

Abstract

Kemudahan infrastruktur merupakan salah satu prasyarat penting untuk pembangunan ekonomi khususnya bagi mengurangkan masalah kemiskinan dan jurang ekonomi diantara penduduk. Walau bagaimanapun, kajian dan perbincangan berkenaan pembangunan infrastruktur masih lagi mempunyai pelbagai kekurangan khususnya berkenaan dengan pembolehubah yang perlu dikaji seperti ukuran fizikal dan pertumbuhan serta masalah kepegunan data.Justeru kajian ini bertujuan untuk menentukan pertalian di antara persepsi terhadap kemudahan infrastruktur dan masalah penggunaan kemudahan infrastruktur. Objektif kedua ialah untuk menentukan pertalian antara persepsi terhadap kemudahan infrastruktur dengan taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan.Kajian ini bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang persepsi terhadap kemudahan infrastruktur dan masalah penggunaan kemudahan infrastruktur. Pendekatan kuantitatif telah digunakan untuk pengutipan dan penganalisaan data.Tinjauan melalui borang kaji selidik telah dijalankan di kawasan Pendang dan Kubang Pasu, Kedah. Nilai Alfa Cronbach menunjukkan bahawa aras kebolehpercayaan adalah 0.69 bagi pembolehubah persepsi terhadap kemudahan infrastruktur dan 0.65 bagi pembolehubah masalah penggunaan kemudahan infrastruktur. Analisis korelasi dan regresi dijalankan ke atas data yang melibatkan 321 orang responden yang memberikan jawapan kepada kedua-dua pembolehubah tersebut melalui kaedah persampelan berstrata. Keputusan kajian menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap kemudahan infrastruktur mempunyai pertalian secara negatif dengan masalah penggunaan kemudahan infrastruktur. Analisis regresi menunjukkan bahawa masalah penggunaan kemudahan infrastruktur boleh meramalkan persepsi terhadap kemudahan infrastruktur. Secara ringkasnya, terdapat perhubungan antara persepsi dengan masalah penggunaan kemudahan infrastruktur.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-44661-7-6 Organized by: School Of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: pembangunan komuniti, infrastruktur, penggunaan, persepsi, masalah.
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Government
Depositing User: Dr. Noraniza Yusoff
Date Deposited: 15 Dec 2016 07:50
Last Modified: 15 Dec 2016 07:50
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/20357

Actions (login required)

View Item View Item