UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pembangunan komuniti di kawasan bandar di utara Semenanjung Malaysia


Yusoff, Noraniza (2016) Pembangunan komuniti di kawasan bandar di utara Semenanjung Malaysia. In: International Conference on Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016), October 5th - 6th, 2016, School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (584kB) | Request a copy

Abstract

Keperluan pembangunan komuniti bandar semakin meningkat tetapi dalam masa yang sama bandaraya dan bandar dilihat sebagai bukan komuniti kerana ia dicirikan oleh populasi yang pelbagai jenis.Di samping itu, persaingan antara kumpulan meluaskan jurang dalam pendapatan dan berlaku perubahan strata kelas dalam masyarakat. Kajian terdahulu berkenaan dengan pembangunan komuniti bandar adalah memberi tumpuan kepada kumpulan berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, kajian berkenaan perbandaran dan pembangunan komuniti cenderung menumpukan pada aspek yang sempit dan menunjukkan kriteria atau pemboleh ubah yang terhad.Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memeriksa pembangunan komuniti di kawasan bandar merangkumi aspek pendidikan, petempatan dan lain-lain.Penyelidikan asas ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang bertujuan untuk menjelaskan tentang aspek pembangunan komuniti yang mengalami proses perbandaran.Tinjauan ujian rintis menggunakan borang kaji selidik dijalankan di Jitra, Kedah dan analisis deskriptif adalah melibatkan kekerapan, peratusan serta lain-lain analisis.Pemilihan sampel di Jitra, Kedah dibuat melalui kaedah persampelan bertujuan. Alpa Cronbach bagi semua item pembangunan komuniti adalah 0.89 yang boleh ditafsirkan sebagai mempunyai ketekalan dalaman yang baik. Ujian kesahan menumpu melalui corrected item-total correlation menunjukkan 90 peratus item soalan pemboleh ubah pembangunan komuniti memenuhi kriteria kesahan iaitu lebih dari nilai minimum yang boleh diterima (α = 0.40).Kertas kerja ini mengemukakan keputusan dari ujian rintis.Oleh itu, keputusan menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan semua penyataan yang berkaitan dengan pembangunan komuniti di kawasan bandar. Kesimpulannya, responden mendapati bahawa berlaku pembangunan komuniti di kawasan bandar yang dihuni.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-44661-7-6 Organized by: School Of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: perbandaran, bandar, masyarakat, pembangunan komuniti, ujian rintis.
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: School of Government
Depositing User: Dr. Noraniza Yusoff
Date Deposited: 15 Dec 2016 08:10
Last Modified: 15 Dec 2016 08:10
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/20358

Actions (login required)

View Item View Item