UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Konsep rumah hijau di Malaysia


Abdul Karim, Siti Maisarah and Yusoff, Mohd. Nazaruddin and Talib, Azlizan (2016) Konsep rumah hijau di Malaysia. In: International Conference on Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016), October 5th - 6th, 2016, School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (741kB) | Request a copy

Abstract

Rumah adalah salah satu asset penting bagi seseorang individu.Semua mengimpikan rumah idaman masing-masing yang mungkin bernilai jutaan ringgit.Namun, kebanyakan pembinaan rumah di Malaysia adalah merupakan rumah konventional. Rumah konventional adalah merupakan rumah yang dibina tanpa mengambilkira aspek keefisienan pengurusan sumber air, tenaga dan juga sumber asli.Rumah konventional yang dibina bagi memenuhi keperluan perumahan masyarakat di Malaysia adalah dilihat sebagai pembangunan yang mendatangkan impak negatif kepada alam sekitar kerana penggunaan tenaga yang banyak serta pelepasan gas karbon dioksida yang tinggi ke lapisan udara.Bagi menangani masalah ketidakefisian penggunaan tenaga dan pencemaran, konsep Rumah Hijau telah diperkenalkan.Konsep Rumah Hijau adalah konsep yang bertujuan membantu mengurangkan penggunaan tenaga, air, dan juga sumber asli namun masih berupaya memberikan kualiti udara dan keselesaan bagi penghuni rumah.Namun, apakah pemahaman masyarakat tentang konsep Rumah Hijau memandangkan konsep ini masih lagi baru dalam tren pembangunan perumahan di Malaysia.Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pemahaman masyarakat terhadap konsep perumahan hijau dan adakah mereka bersedia menerima idea perumahan hijau ini sebagai satu langkah pembaharuan dalam sektor perumahan di negara ini.Selain itu kajian ini juga berfokuskan kepada langkah-langkah yang dianggap sesuai bagi mempromosikan konsep perumahan hijau dalam kalangan masyarakat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-983-44661-7-6 Organized by: School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: pembangunan hijau, pemahaman masyarakat, penerimaan.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Government
Depositing User: Sr. Dr. Mohd. Nazaruddin Yusoff @ Abdul Rahman
Date Deposited: 18 Dec 2016 07:44
Last Modified: 18 Dec 2016 07:44
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/20362

Actions (login required)

View Item View Item