mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Program Latihan Khidmat Negara: Dasar pembangunan insan

Ibrahim, Malike and Zainal Abidin, Nor Azizah and Zahrin, Zuriana (2008) Program Latihan Khidmat Negara: Dasar pembangunan insan. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Polisi Awam Malaysia Ke - 6, Pembangunan Sosial Ke Arah Komuniti Lestari, 16 - 17 Ogos 2008 . (Unpublished)

[thumbnail of PROGRAM_LATIHAN_KHIDMAT_NEGARA_1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (35MB)

Abstract

Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan suatu dasar atau polisi khusus kepada remaja berumur 18 tahun terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). PLKN sebagai suatu agenda nasional bermatlamat untuk melatih remaja Malaysia supaya mereka menjadi generasi pewaris yang lebih cemerlang daripada generasi hari ini menerusi empat modul iaitu kenegaraan, fizikal, pembinaan karakter dan khidmat komuniti. Dalam tempoh tiga bulan mengikut PLKN berasaskan empat modul tersebut merupakan suatu proses pembangunan insan yang cemerlang dan berkualiti ekoran beberapa perkembangan yang membabitkan remaja di Malaysia yang cenderung ke arah kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral dan memberikan manfaat. Justeru itu, PLKN diharap dapat melahirkan insan yang berdisiplin, bersemangat waja,berkeyakinan diri, setia kepada negara, bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta mampu bekerjasama dan mewujudkan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Bagi mencapai mathmat tersebut, kerajaan telah melaburkan kos yang tinggi untuk melaksanakan PLKN. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengupas dan menganalisis keberkesanan PLKN yang dilaksanakan berasaskan experiential learning ke arah pembangunan insan yang mempunyai nilai dan kualiti sejajar dengan matlamat pembentukannya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Ekologi Sosial, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 30 Jan 2011 08:55
Last Modified: 30 Jan 2011 08:55
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2059

Actions (login required)

View Item View Item