mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Cabaran pengurusan teknologi maklumat dalam Era-K

Sheik Osman, Wan Rozaini and Ibrahim, Huda and Mat Aji, Zahurin (2000) Cabaran pengurusan teknologi maklumat dalam Era-K. In: Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era-K, 20 - 21 September 2000, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of CABARAN_PENGURUSAN_TEK._MAKLUMAT_DALAM_ERA-K_1.pdf]
Preview
PDF
Download (65MB) | Preview

Abstract

Organisasi kini sentiasa terpaksa berubah mengikut beberapa kuasa tekanan (impinging forces) dari dalaman dan luaran. Kesan globalisasi di mana perkembangan teknologi dan metodologi baru, persaingan, keperluan piawaian, permintaan pelanggan, dan polisi yang dikenakan oleh badan dunia memaksa organisasi mengubah cara merancang, mengawal, dan membuat keputusan untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang kompetatif. Ini juga untuk memastikan kewujudan organisasi tersebut. Maka kebolehan organisasi bersaing semakin bergantung kepada kualiti dan produktiviti modal manusia atau modal intelektual (human or intellectual capital). Inilah yang dikatakan Era-K atau era pengetahuan di mana pengetahuan menjadi asas perniagaan dalam menggabungkan maklumat, fahaman dan pengalaman (insights and experience). Organisasi perlu mengadakan polisi, struktur organisasi, aplikasi dan teknologi untuk meningkatkan pengurusan pengetahuan (Knowledge Management) untuk meningkat mutu proses membuat keputusan. Malah oleh sebab terlalu banyak produk dan perkhidmatan dalam pasaran, pelanggan menghadapi masalah memilih produk (atau organisasi) mana yang sesuai dengannya. Maka organisasi yang membuat keputusan untuk sentiasa mencari peluang dan menambahkan nilai kepada produk dan perkhidmatan akan menentukan tempatnya di pasaran, seperti Baxter-American Hospital, dan AT&T. Perubahan-perubahan ini memerlukan latihan dan kemahiran baru kepada pekerja, perubahan dalam proses operasi, dan pengurusan cekap sumber-sumber. Proses pembelajaran dan penukaran (transform) memerlukan sokongan dan penyelarasan Teknologi Maklumat sebagai pemangkin (enabler). Maka cabaran organisasi adalah untuk menguruskan sumber Teknologi Maklumat supaya memudahkan organisasi berdaya saing, dan bersedia untuk era-K. Kertas kerja ini akan membincangkan cabaran cabaran yang akan dihadapi organisasi dan apakah yang patut dilakukan oleh organisasi untuk meningkatkan prestasi dan menentukan kewujudan organisasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Sekolah Siswazah Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Feb 2011 06:37
Last Modified: 14 Feb 2011 06:37
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2096

Actions (login required)

View Item View Item