UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Menangani masalah remaja Muslim era pasca modenisma dan penyelesaiannya menurut perspektif Islam


Mohamed, Ahmad Kilani and Mustari, Mohd Ismail and Muhammad, Azhar and Muhamad, Siti Norlina and Hashim, Normala (2004) Menangani masalah remaja Muslim era pasca modenisma dan penyelesaiannya menurut perspektif Islam. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (274kB)

Abstract

Masalah sosial yang melanda golongan remaja semakin hari semakin meningkat. Laporan-laporan daripada media massa menunjukkan semua jenis masalah remaja bertambah seiring dengan pesatnya perkembangan pembangunan. Di bandar-bandar besar yang cepat membangun, masalah ini lebih ketara. Ini ialah hasil daripada keadaan masyarakat yang sentiasa bergolak sehingga masalah itu dapat disebut sebagai penyakit sosial. Penyakit ini merupakan segala bentuk tingkah laku yang tidak sesuai, menyimpang dan melanggar norma-norma umum, adat resam dan undang-undang yang terdapat dalam masyarakat. Tingkah laku sosial yang pincang merupakan penyimpangan yang sukar diatur dan dikelola kerana para pelakunya mempunyai rasional sendiri. Mereka mengikut kemahuan dan cara sendiri untuk mencapai kepuasan peribadi. Sebab itulah penyimpangan tingkah laku ini mengganggu dan merugikan diri pelaku sendiri, komuniti dan masyarakat umum. Artikel ini akan membincangkan unsur-unsur yang membawa kepada salah laku remaja yang meliputi pengaruh keluarga, sekolah, masyarakat perkembangan sains dan teknologi, kemewahan dan media massa. Artikel ini juga akan membincangkan bagaimana membantu mengatasi masalah remaja muslim melalui pemupukan disiplin ibadat sembahyang, amalan zikrullah (berdoa dan berzikir), pemahaman ibu bapa terhadap keperluan anak-anak remaja dan persahabatan mereka dengan rakan-rakan cemerlang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 10 Feb 2011 03:40
Last Modified: 13 Oct 2014 03:02
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2097

Actions (login required)

View Item View Item