mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Imbuhan dan ganjaran: Menurut pandangan pencari kerja

Abd Hamid, Kamal and Mokhtar, Shahimi and Othman, Abdul Aziz (2008) Imbuhan dan ganjaran: Menurut pandangan pencari kerja. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Polisi Awam Malaysia Ke - 6, Pembangunan Sosial Ke Arah Komuniti Lestari, 16 - 17 Ogos 2008 . (Unpublished)

[thumbnail of IMBUHAN_DAN_GANJARAN_01.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (53MB)

Abstract

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu pencari-pencari kerja supaya mendapat pekerjaan yang sesuai bagi mengimbangi perubahan taraf kehidupan masa kini. Maka, Jabatan Tenaga Kaja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengambil inisiatif penting untuk membantu kerajaan dalam mengenalpasti sikap pencari-pencari kerja dalam mendapatkan penempatan yang sesuai di dalam arena pekerjaan di Malaysia. Satu kajian yang dijalankan oleh JTKSM dengan kerjasama UUM bertujuan untuk mengkaji sikap pencari kerja terhadap imbuhan dan ganjaran di dalam pencarian kerja. Kajian ini adalah penting kerana dengan mengetahui apakah sikap pencari kerja terhadap imbuhan dan ganjaran supaya dapat dirumuskan satu penyelesaian dalam penambahbaikan polisi kerajaan yang sedia ada seiring dengan keperluan semasa. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan lapangan untuk mengukur sikap pencari kerja di Semenanjung Malaysia. Populasi kajian melibatkan pencari-pencari kerja yang berdaftar dengan JTKSM dan menghadiri Karnival-Karnival Pekerjaan anjuran JTKSM. Untuk mencapai objektif kajian, kaedah persampelan rawak berlapis digunakan dan data telah dianalisa dengan menggunakan statistik deskriptif dan analisa inferential. Berdasarkan kepada hasil kajian, adalah didapati bahawa terdapat fakta dan gambaran yang jelas tentang wujudnya hubungan di antara setiap faktor-faktor demografik dan dimensi sikap terhadap imbuhan dan ganjaran di dalam proses pencarian kerja di kalangan pencari-pencari kerja di Semenanjung Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Ekologi Sosial, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Dr. Kamal Ab Hamid
Date Deposited: 10 Feb 2011 04:28
Last Modified: 04 Jan 2017 04:39
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2098

Actions (login required)

View Item View Item