Ishak, Mohamed Mustafa (2005) Patriotisme dan bangsa Malaysia: Di mana kita dan mahu ke mana akhirnya? In: Prosiding Kongres Patriotisme Negara 24-26 Oktober 2002 di Institut Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) Bangi, Selangor. Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, pp. 19-29. ISBN 9834091060
![]() |
PDF
Restricted to Repository staff only Download (692kB) |
Abstract
Kita sebenarnya tidak dapat memisahkan isu pembentukan Bangsa Malaysia dengan persoalan pemumukan patriotisme yang mantap di kalangan pelbagai kelompok etnik yang wujud di Malaysia. Walaupun lanskap sosio-ekonomi negara telah jauh berubah sejak kita merdeka,namun hakikatnya akibat kerencaman dan kemajmukan masyarakat Malaysialah maka isu dan persoalan pembentukan Bangsa Malaysia dan gagasan patriotisme nasional itu menjadi dua perkara penting dalam agenda nasional negara in1 yang masih 'terbengkalai'. Justeru, memahami secara mendalam semua fenomena berkaitan yang menyelubungi kerumitan proses pembentukan Bangsa Malaysia dipercayai akan membantu kita melihat isu-isu dan persoalan-persoalan penting di sekitar gagasan patriotisme di Malaysia dengan perspektif yang lebih terarah dan jelas. Kertas ringkas ini adalah merupakan lanjutan daripada sebuah kajian untuk tesis Doktor Falsafah yang telah dijalankan sejak hampir sepuluh tahun lalu. Kertas ini cuba mengungkapkan apakah sebenarnya kerumitan besar yang dihadapi oleh projek pembentukan Bangsa Malaysia ini. Maka, beberapa isu besar nasional yang telah dan masih menodai agenda negara cuba diungkapkan dalam kerangka kerumitan projek nasional tersebut. Justeru, persoalan akhir yang cuba dikemukakan ialah, di mana kita sebenarnya: dan ke manakah mungkin kita akhirnya dalam meniti jalur-jalur gagasan patriotisme nasional. Mungkinkah gagasan patriotisme nasional berupaya membantu kita merentasi segala kerumitan yang wujud dalam projek pembentukan bangsa di Malaysia.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak |
Date Deposited: | 10 Feb 2011 06:19 |
Last Modified: | 21 Apr 2019 04:04 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2110 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |