mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian penyalahgunaan daun ketum dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Kedah dan Perlis

Ishak, Noor Azniza and Mustaffa, Jamaludin and Mohamed, Mahmood Nazar and Ab Hamid, Kamal and Shaari, Azemi and Hamzah, Mohd Hilmi (2015) Kajian penyalahgunaan daun ketum dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Kedah dan Perlis. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of Noor Aniza Ishak.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth (Karl & Colin, 1988). Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa. Penagihan air ketum juga telah menular di kalangan pelajar sekolah di Kedah dan Perlis di mana gejala ketagihan air ketum berleluasa hingga kini (Noorazura, 2014).Bengkel pemurnian resolusi yang dijalankan oleh AADK bersama-sama agensi-agensi terlibat peringkat negeri Kedah menunjukkan terdapat 16 resolusi yang telah dicapai dalam pemantapan untuk mengatasi masalah penagihan air ketum di mana ianya merangkumi 3 sub program (pencegahan, rawatan, pemulihan serta penguatkuasaan).Salah satu sub program yang ditekankan adalah pencegahan yang merangkumi pendedahan maklumat yang tepat mengenai penyalahgunaan air ketum diberikan kepada semua kaunselor sekolah di negeri Kedah.Hasil daripada resolusi tentang perlunya langkah-langkah pencegahan dilakukan bermula dari peringkat sekolah lagi maka kajian ini telah dirangka sebagai peringkat permulaan untuk mengenal pasti tentang pengetahuan, kefahaman dan kesedaran pelajar-pelajar sekolah menengah tentang bahaya penyalahgunaan air daun ketum dalam kalangan masyarakat pada hari ini.Semua pandangan yang diberikan melalui soal selidik ini akan mantapkan dengan temu bual berstruktur dengan beberapa kumpulan guru, JKK kampung serta ahli masyarakat setempat dan ibu bapa dalam mengesahkan jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah bagi daerah yang dijadikan sampel kajian. Data yang didapati ini akan menjadi bukti tentang tahap pengetahuan, kefahaman dan kesedaran penyalahgunaan daun ketum dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Kedah dan Perlis.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Prof. Dr. Noor Azniza Ishak
Date Deposited: 02 Mar 2017 04:11
Last Modified: 02 Mar 2017 04:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/21276

Actions (login required)

View Item View Item