mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan penghayatan nilai murni pelajar

Othman, Mohammad Khairi (2014) Hubungan penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan penghayatan nilai murni pelajar. Journal of Human Development and Communication (JoHDEC), 3 (S). pp. 81-92. ISSN 2289-2702

[thumbnail of JHDC 3 S 2014 81 92.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (141kB) | Request a copy

Abstract

Aspek penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran adalah mustahak, terutamanya untuk menyediakan pelajar yang mempunyai ketahanan diri yang kukuh.Pelajar yang dididik melalui sistem persekolahan mestilah mampu menghadapi cabaran semasa dan juga cabaran masa depan.Cita-cita ini akan tercapai sekiranya mereka menghayati nilai-nilai murni yang menjamin pembentukan peribadi dan sahsiah diri yang utuh, kental dan padu. Justeru, kertas kerja ini membincangkan hasil kajian amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni pelajar.Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif.Data dikutip melalui soal selidik yang melibatkan sampel kajian terdiri daripada 448 orang pelajar pelbagai bangsa sekolah menengah harian terpilih di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kekerapan penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan penghayatan nilai murni pelajar.Selain itu, kajian mendapati hanya teknik model/contoh penerapan nilai murni dalam pengajaran sahaja yang mempunyai hubungan signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar.Rumusannya, dapatan kajian ini dapat menjadi panduan bagi memastikan amalan penerapan nilai murni dapat dilaksanakan dengan baik.Hal ini demikian kerana nilai-nilai yang diterapkan adalah nilai sejagat yang diterima oleh semua masyarakat yang terdiri daripada Melayu, China dan India. Secara tidak langsung, ia memberi implikasi dalam mewujudkan kelangsungan hubungan antara kaum melalui amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran guru khususnya dalam Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar pelbagai bangsa.

Item Type: Article
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Dr. Mohamad Khairi Haji Othman
Date Deposited: 19 Apr 2017 07:04
Last Modified: 19 Apr 2017 07:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/21489

Actions (login required)

View Item View Item