mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi pelanggan terhadap amalan nilai murni dalam perkhidmatan kaunter awam: Satu kajian di Pantai Timur (Pahang dan Terengganu)

Wahab, Samsudin and Bahrom, Hasan (2004) Persepsi pelanggan terhadap amalan nilai murni dalam perkhidmatan kaunter awam: Satu kajian di Pantai Timur (Pahang dan Terengganu). In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of 50.pdf]
Preview
PDF
Download (170kB) | Preview

Abstract

Sejak 30 tahun lepas Kerajaan telah melaksana satu dasar yang amat penting dalam sistem Perkhidmatan Awam di Malaysia. Penerapan nilai-nilai murni telah menjadi teras dan peneraju kepada perkhidmatan yang patut diamalkan oleh kakitangan awam di negara ini. Tindakan yang tegas ini telah melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang komited dan dapat dicontohi oleh negara-negara Islam yang lain di seluruh dunia. Imej sebuah negara Islam yang progresif bukan sahaja dapat ditonjolkan melalui pelaksanaan sistem perundangan yang sistematik tetapi juga melalui sikap dan amalan yang dipamerkan oleh individu yang bertugas di sesebuah institusi atau organisasi. Penonjolan nilai-nilai murni yang diwar-warkan oleh kerajaan itu adalah untuk meningkatkan kefahaman kakitangan awam kepada amalan Islam dalam bentuk tindakan dan tatakelakuan ketika bekerja. Serta juga menangkis pandangan negatif masyarakat terhadap Islam yang dilihat sebagai agama yang daif dan tidak bertamadun. Setelah 30 tahun nilai-nilai seperti bersih, dedikasi, tanggungjawab, sederhana, disiplin diri, hargai masa, kerjasama, berbudi mulia, cekap dan ikhlas ini telah dilaksanakan dalam sistem perkhidmatan awam di negara ini, dan nilai-nilai ini telah menjadi teras dan nadi tatakelakuan perkhidmatan dalam institusi Perkhidmatan Awam. Soalnya apakah nilai-nilai tersebut telah diamalkan secara pasti oleh kakitangan awam terutamanya dalam perkhidmatan kaunter atau sebaliknya. Kertas ini akan cuba menjawab persoalan yang dibangkitkan itu, dengan mengemukakan satu bentuk kajian terhadap amalan nilai-nilai murni oleh pegawai kaunter awam di tempat kerja menurut persepsi pelanggan: satu tinjauan di negeri Terengganu dan Pahang. Diharap dengan data yang diperolehi akan dapat mengupas persoalan yang dibangkitkan itu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 20 Feb 2011 01:32
Last Modified: 20 Feb 2011 01:32
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2151

Actions (login required)

View Item View Item