UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Masalah sosial: Apa peranan komuniti?


Sabran, Mohammad Shatar (2004) Masalah sosial: Apa peranan komuniti? In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (7kB) | Preview

Abstract

Hampir setiap hari masyarakat di negara ini didedahkan dengan pelbagai masalah sosial. Masalah yang berlaku pada hari ini tidak mengira bangsa, agama, keturunan, dan umur. Keadaan menjadi lebih serius lagi apabila kebanyakkan mereka yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial ini adalah dikalangan remaja. Senario ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan memberikan kesan yang amat ketara kepada pembangunan dan kestabilan negara pada masa hadapan. Justeru itu pelbagai langkah drastik perlu dilaksanakan sebelum masalah sosial yang berlaku di negara ini terutamanya di kalangan remaja menjadi lebih serius lagi. Pelbagai pihak perlulah berganding bahu untuk memastikan masalah sosial yang berlaku pada hari dapat diselesaikan dengan secepat mungkin sebelum terlambat. Sebelum nasi menjadi bubur, pihak-pihak yang terlibat perlulah melangsanakan pelbagai langkah yang perlu untuk membenteras masalah sosial ini. Kertas kerja ini akan membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh komuniti untuk memastikan masalah sosial yang berlaku pada hari dapat dibendung dengan berkesan. Pendekatan yang dikenali sebagai Community Centered Model (CCM), akan membincangkan dengan terperinci apakah peranan yang perlu dimainkan oleh komuniti yang terlibat untuk menyelesaikan masalah sosial yang berlaku pada hari ini. Strategi dan kaedah yang dicadangkan oleh model ini akan dapat membantu setiap komuniti yang terlibat untuk menyelesaikan sebarang masalah sosial yang berlaku. Adalah diharapkan melalui cadangan yang dikemukan oleh CCM ini, komuniti di negara ini bukan sahaja mampu untuk membenteras masalah sosial yang berlaku dengan lebih berkesan, malah ia juga dapat membawa masyarakat yang terlibat ke arah kemajuan yang membanggakan di masa yang akan datang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 20 Feb 2011 03:26
Last Modified: 20 Feb 2011 03:26
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2153

Actions (login required)

View Item View Item