UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Wajah moral masyarakat Melayu pascamoden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi


Abd. Hamid, Mohd. Azhar and Balwi, Mohd. Koharuddin and Othman, Muhamed Fauzi and A. Kassim, Othman (2004) Wajah moral masyarakat Melayu pascamoden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (269kB) | Preview

Abstract

Dewasa ini dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Pascamodenisme yang ditandai arus gelombang peringkat ketiga telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang dibawah oleh ideologi pascamodenisme menerusi pelbagai medium telah memberi dampak moral-sosial yang amat menakutkan. Hal ini tidak terkecuali meresapi ke dalam jiwa dan jatidiri masyarakat Melayu samada di Bandar mahu pun di luar Bandar. Statistik kebejatan social membuktikan hal ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral – pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran, gangsterisme, alkoholisme, perjudian, vandalisme dan sebagainya – setiap satu daripada amat ramai melibatkan masyarakat Melayu. Justeru itu, generalisasi dapat dibuat bahawa wajah moral masyarakat Melayu berada pada tahap yang amat kronik dan kritikal. Justeru itu, kertas kerja konseptual ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pada bahagian pertama kami akan menghuraikan secara konsep-konsep asas kertas kerja ini selain memaparkan hujah ‘rupa bentuk wajah’ moral masyarakat Melayu dulu dan kini. Kami juga akan memberikan justifikasi sebab-sebab munculnya wajah moral masyarakat Melayu masa kini pada bahagian kedua kertas kerja ini, kami akan mengagaskan usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat bagi ‘mencantikkan’ wajah moral masyarakat Melayu. Dalam hal ini, kami turut melontarkan idea dan kritikan pendekatan-pendekatan yang dibuat selain mengagaskan suatu pendekatan yang lebih bersepadu. Pada bahagian akhir kertas kerja ini, kami menampilkan suatu pendekatan pendidikan moral tinggi yang mampu mengembalikan semula wajah moral yang indah dan bersih itu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 20 Feb 2011 08:53
Last Modified: 20 Feb 2011 08:53
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2158

Actions (login required)

View Item View Item