Muhammad, Shamsuddin and Md Ali, Ruzlan (2015) Persepsi dan kesediaan guru terhadap amalan penerapan kemahiran pemikiran kritis dalam proses pengajaran & pembelajaran matematik. The Asean Journal of Knowledge Contribution, 2 (2). pp. 56-60. ISSN 2286-828X
PDF
Restricted to Registered users only Download (378kB) | Request a copy |
Abstract
Penekanan terhadap penerapan KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran telah diberikan sejak penggubalan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 lagi. Penerapan kemahiran berfikir di dalam kelas, khasnya dari aspek KBAT, secara langsung akan membantu pelajar membentuk keseimbangan antara ilmu dan amalan dalam menyelesaikan masalah mengikut situasi kehidupan harian.Artikel ini membincangkan konsep penerapan kemahiran pemikiran kritis, domain-domain dan elemen yang terdapat dalam penerapan kemahiran pemikiran kritis; iaitu persepsi guru tentang pemikiran kritis dan kesediaan guru dalam menerapkan kemahiran pemikiran kritis. Soal selidik ini terdiri dari empat (4) bahagian, iaitu bahagian A, B, C, dan D. Bahagian A mengandungi demografi responden, bahagian B mengandungi enam (6) item yang berkaitan dengan persepsi guru Matematik tentang pemikiran kritis, manakala bahagian C pula adalah untuk mengukur tahap kesediaan guru, yang mana ianya terdiri dari empat (4) elemen dan seterusnya, bahagian D terdiri dari lima (5) elemen untuk mengukur tahap amalan penerapan kemahiran pemikiran kritis dalam proses P&P Matematik dalam bilik darjah.Kajian rintis yang dijalankan ke atas responden guru Matematik kemudiannya dianalisis bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan item, iaitu nilai Cronbach Alpha, α dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.Dapatan analisis menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan untuk kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik dan sesuai di mana kesemua nilai α bagi setiap pembolehubah adalah melebihi 0.70.Justeru, instrumen ini adalah sesuai dan boleh digunakan untuk melengkapkan kajian selanjutnya bagi mengukur tahap persepsi dan kesediaan guru terhadap amalan penerapan pemikiran kritis dalam proses P&P Matematik.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Persepsi guru, kesediaan guru, amalan penerapan kemahiran pemikiran kritis. |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | School of Education & Modern Languages |
Depositing User: | Dr. Ruzlan Md. Ali |
Date Deposited: | 18 Apr 2017 08:21 |
Last Modified: | 18 Apr 2017 08:21 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/21649 |
Actions (login required)
View Item |