UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

"Hahaha.. Cool Gila Kau Punya Acting Ariana...":percampuran kod dalam novel 'The Wedding Breaker'


Mahmor, Noor Aida and Mansor, Nasariah and Ahmad, Faizah (2016) "Hahaha.. Cool Gila Kau Punya Acting Ariana...":percampuran kod dalam novel 'The Wedding Breaker'. Journal of Education and Social Sciences, 4. pp. 192-200. ISSN 2289-9855

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Percampuran kod merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan penutur yang mengamalkan lebih daripada dua bahasa.Terma ini digunakan secara meluas di dalam bidang linguistik terutamanya bidang Pemerolehan Bahasa Kedua dan Kedwibahasaan. Terdapat dua jenis percampuran kod iaitu percampuran kod dalaman atau ‘inner code-mixing’ dan percampuran kod luaran ‘outer code-mixing’. Sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum seperti Malaysia, fenomena percampuran kod ini tidak dapat dielakkan.Malah menjadi satu kelaziman dalam pertuturan dan penulisan.Oleh yang demikian, adalah amat perlu untuk mengkaji fenomena ini. Sorotan karya menyarankan bahawa fenomena percampuran kod ini menggambarkan tahap kreativiti seseorang dalam penggunaan bahasa. Selain daripada itu, fenomena ini juga menunjukkan tahap pengetahuan dan penguasaan bahasa seseorang. Justeru, makalah ini akan membincangkan amalan percampuran bahasa dalam novel ‘The Wedding Breaker’ karya Evelyn Rose dan bagaimana percampuran bahasa mempengaruhi makna dan komunikasi sebenar.Makalah ini juga meneroka makna sosio-budaya yang terkandung.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: percampuran kod, bahasa rojak, ‘outer code-mixing’, percampuran kod luaran, kedwibahasaan
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Noor Aida Mahmor
Date Deposited: 18 Apr 2017 09:03
Last Modified: 18 Apr 2017 09:03
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/21668

Actions (login required)

View Item View Item