UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Nilai pengurusan air secara Islam dalam komuniti dalam pascamodenism


Ahmad Sabri, Ahmad Zaharuddin Sani (2004) Nilai pengurusan air secara Islam dalam komuniti dalam pascamodenism. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (237kB) | Preview

Abstract

Dua tahun lalu, krisis air di Lembah Kelang telah mengajar kita supaya menghargai betapa pentingnya air kepada kehidupan manusia. Malah ia juga telah mengajar kita melihat betapa perlunya memelihara serta memulihara sumber bekalan air terutamanya sungai. Ketika krisis air melanda, hujan diibaratkan seumpama emas yang jatuh dari langit, ditadah, disimpan, dihargai bahkan ianya digunakan berdikit-dikit. Apabila semuanya selesai, kita kembali ke tabiat lama kita, air seolah-olah satu aset yang tidak mempunyai sebarang nilai langsung. Ramai yang terlupa akan hukum alam, iaitu setiap yang wujud pasti ada pengakhirannya, begitu juga dengan bekalan air di negara kita. Krisis air pasti akan kembali lagi. Kertas kerja ini menyingkap dan menyelami nilai-nilai murni pengurusan air dengan memberi fokus utama terhadap nilai-nilai Islam sebagai satu alternatif penyelesaian terhadap permasalahan air yang wujud sekarang dan yang bakal timbul pada masa akan datang. Agama Islam yang dikenali sebagai satu agama yang menyeluruh, pastinya mempunyai caranya tersendiri dalam menyelesaikan permasalahan air. Pengurusan air dalam Islam sudah lama diketengahkan, iaitu semenjak zaman kemunculan Nabi Muhammad 1420 tahun yang lalu. Kertas kerja ini juga mengusulkan kesesuaian hukum Islam dalam pengurusan air untuk diadaptasikan pada masa kini, sebagai satu jalan penyelesaian yang unggul, yang tiada tolak bandingnya untuk kegunaan sepanjang zaman.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 20 Feb 2011 08:55
Last Modified: 20 Feb 2011 08:55
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2174

Actions (login required)

View Item View Item