mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Adakah modal insan mempunyai hubungan dengan prestasi koperasi di Semenanjung Malaysia?

Ahmad Shakir, Khairunnisak and Bakar, Muhammad Shukri and Ismail, Mohd Azril (2016) Adakah modal insan mempunyai hubungan dengan prestasi koperasi di Semenanjung Malaysia? Journal of Human Development and Communication (JoHDEC), 5. pp. 79-86. ISSN 2289-2702

[thumbnail of JHDC 5 2016 79-86.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (160kB) | Request a copy

Abstract

Sumber adalah sesuatu yang dimiliki dan juga dikawal oleh organisasi.Sumber dapat meningkatkan keberkesanan dan juga prestasi sesebuah organisasi.Sumber organisasi boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu sumber nyata dan sumber tak nyata. Sumber nyata terdiri daripada aset fizikal organisasi, manakala sumber tak nyata pula adalah terdiri daripada aset bukan fizikal. Kajian-kajian terdahulu telah membuktikan dan mengesahkan bahawa aset tak nyata mewujudkan kelebihan daya saing bagi sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, penyelidik cuba untuk melihat hubungan di antara sumber tak nyata dengan prestasi koperasi di Semenanjung Malaysia.Sumber yang difokuskan adalah modal insan.Modal insan penting bagi koperasi di mana sekiranya koperasi mempunyai modal insan yang berkualiti, maka urus tadbirnya akan berjalan dengan lancar dan mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan. Kertas cadangan konsep ini kemudiannya akan diikuti oleh satu ujian secara empirikal di lapangan bagi menentukan perhubungan dan pengaruh modal insan ke atas prestasi koperasi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sumber, modal insan, prestasi koperasi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mr. Muhammad Shukri Bakar
Date Deposited: 07 May 2017 06:50
Last Modified: 07 May 2017 06:50
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/21968

Actions (login required)

View Item View Item