Yakob, Sajiah and Ramli, Azahari and Bakar, Muhammad Shukri (2016) Pengaruh pengurusan risiko kepada prestasi perusahaan kecil dan sederhana: pendekatan ERM. Journal of Human Development and Communication (JoHDEC), 5. pp. 103-112. ISSN 2289-2702
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (169kB) | Request a copy |
Abstract
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah satu sektor yang merupakan tunjang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Sumbangan PKS ini boleh dilihat dari pelbagai sudut antaranya ialah sumbangan kepada Keluaran Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara, menawarkan peluangpeluang pekerjaan, mempelbagaikan produk-produk di pasaran, mewujudkan persaingan, memperbanyakkan idea-idea baru dan lain-lain lagi.Namun begitu, prestasi sektor ini masih lagi menjadi satu topik perbincangan dalam kalangan para ilmuan mahupun para pengamal industri.Hal ini demikian kerana sektor ini belum mencapai tahap prestasi yang membanggakan. Keadaan ini merupakan satu perkara yang amat membimbangkan.Kajian konseptual ini akan cuba untuk mengupas prestasi PKS bersandarkan kajian-kajian lepas dari pendekatan Pengurusan Risiko Bersepadu (ERM).Dicadangkan bahawa penekanan yang sewajarnya harus diberikan kepada aspek pengurusan risiko dalam usaha meningkatkan prestasi PKS di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Prestasi, PKS, Pengurusan risiko |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory |
Divisions: | School of Business Management |
Depositing User: | Mr. Azahari Ramli |
Date Deposited: | 07 May 2017 06:52 |
Last Modified: | 07 May 2017 06:52 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/21969 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |